JPKK sedang menjalankan kaji selidik? Tentang apa?
𝐉𝐏𝐊𝐊 𝐒𝐄𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐍𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐉𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐈𝐃𝐈𝐊? 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐏𝐀?
JPKK kini terlibat dalam projek bagi menangani jurang dalam sistem perolehan kerajaan dan untuk membina suara pekerja.
Tujuan khusus kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti perbezaan faedah kepada pekerja selepas penswastaan pembekalan khidmat pembersihan di sekolah-sekolah kerajaan dan mengenal pasti isu pencabulan hak asasi manusia dan hak pekerja yang dihadapi oleh pekerja di bawah kontraktor swasta.
Data kajian yang diperoleh melalui kaji selidik yang dilakukan di sekolah-sekolah kerajaan di seluruh Semenanjung Malaysia akan digunakan bagi memberikan gambaran yang kukuh mengenai situasi kerja pekerja kontrak di sekolah, memperkuatkan tuntutan JPKK kepada kerajaan dan mengenal pasti para pekerja yang boleh mengambil kepimpinan.
Sehingga hari ini lebih 30 buah sekolah telah dikaji selidik tentang keadaan pekerja oleh koordinator-koordinator JPKK di seluruh Semenanjung Malaysia. Syabas dan teruskan usaha anda!




