Tindakan JPKK untuk PRU15 nanti!
Jom kita dengar pelan rancangan JPKK untuk majukan tuntutan kami! #jpkk #hakpekerja #hakpekerjamalaysia #kontrak #kerajaan
Jom kita dengar pelan rancangan JPKK untuk majukan tuntutan kami! #jpkk #hakpekerja #hakpekerjamalaysia #kontrak #kerajaan
17 Oktober 2022. Saudara Muhammad Aiman dari Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) bersama saudara Arangkannal dan saudara Yogeindran dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah menemani 3 bekas pegawai keselamatan dari 2 syarikat berbeza melaporkan kepada Pejabat Tenaga Kerja Johor Bahru berkenaan tindakkan majikan-majikan mereka itu yang tidak membayar gaji mereka untuk bulan September 2022. Seramai […]
JPKK turut hadir dalam barisan golongan miskin pada hari pembasmian kemiskinan sedunia hari ini di Masjid Jamek. JPKK utarakan 3 tuntutan utama: Hapuskan siatem Kontrak Iktiraf pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan sebagai frontliner Laksanakan gaji minima rm1500
Kawan-kawan, kita ada jawatan kosong dalam JPKK. Kami mengalukan orang yang ada semangat untuk membantu dan mengubah nasib pekerja di Malaysia mohon bagi jawatan ini. Maklumat lanjut tentang jawatan ini, boleh hubungi wakil JPKK kami di talian 010-2402159.
Gabungan Marhaen mengajak anda ke flashmob untuk memperingati Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa pada 17 Oktober 2022, 1pm di Masjid Jamek. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan tuntutan penting pilihan raya daripada pelbagai masyarakat dan pekerja kepada parti politik dan calon untuk pilihan raya umum ke-15 akan datang. Tolong hubungi Sivaranjani di 0102402159 atau […]
Golongan Marhaen akan mengutarakan tuntutan mereka sempena hari pembasmian kemiskinan sedunia, 17/10/2022. Aksi ini di Masjid Jamek. Sertai untuk beri sokongan bagi terus berjuang dengan golongan Marhaen.
Hari ini JPKK telah jalankan kelas pengiraan gaji dan OT yang betul berlandaskan Akta Kerja 1955 untuk pekerja2 pengawal keselamatan sekitar Subang. Juga mendedahkan kecurian majikan terhadap hasil titik peluh pekerja.
Mesyuarat bersama Pekerja Pembersihan Sekolah dikawasan Kuala Pilah. Berkenaan Gaji minima masih belum dilaksanakan serta caruman KWSP serta SOCSO tidak dicarum selama 1 tahun. Ada pembersih mengalami kecederaan tetapi tidak dapat claim dari Socso. Dapat tahu bahawa nama majikan tiada dalam sistem KWSP dan Perkeso. Planning nak buat Demo dihadapan PPD serta PC dihadapan PPD.
Baru selesai satu perjumpaan bersama pengawal keselamatan sekolah Port Dickson berkenaan pemberhentian kerja atas sebab tidak munasabah. 3 pengawal diberhentikan Kerja 24jam atas sebab Jenayah/Dadah sedangkan mereka bertiga ditahan polis hanya untuk siasatan (suspek). Akan tetapi pihak majikan memberi surat pemberhentian 24jam atas alasan dituduh kesalahan Dadah walhal mereka bertiga tiada penglihatan dlm sebarang aktiviti […]
23 September 2022 – JPKK Melaka mengadakan perjumpaan bersama YB Datuk Wira Hjh Mas Ermieyati , Ahli Parlimen Masjid Tanah. Antara perkara yg dibincangkan:1)Syarikat masih tidak melaksanakan gaji Pokok rm15002)Epf dan socso yg tidak dicarum tetapi dipotong dari gaji.3)Syarikat yang sudah disenarai hitam tapi masih boleh dpt tender lagi.4)Tiada tindakan daripada KPM dan PPD utk […]