Kerajaan tidak merancang untuk menyerap pekerja kontrak kebersihan

Saya difahamkan bahawa pada 1 Mac yang lalu, di dalam sidang parlimen telah diajukan satu soalan berkaitan pekerja kontrak pembersihan sekolah dan hospital yang mana adakah ada perancangan dari pihak kerajaan untuk menyerapkan mereka semua ke dalam perkhidmatan kerajaan sebagai sebahagian dari kakitangan awam.Jawapan dari Menteri Di Jabatan Perdana Menteri adalah kerajaan TIDAK MERANCANG untuk […]

Latihan Mengira Gaji Anjuran JPKK

JPKK anjurkan latihan mengira gaji pada 10 Mac 2023. Kita jemput pekerja sekitar KL dan Selangor mengambil peluang ini daftar kehadiran anda di nombor talipon yang diberikan dalam poster.

Turun solidarity bersama Kesatuan PSHK!

Turun solidarity bersama KesatuanPSHK! Kes mahkamah ini mengenai Collective Agreement (CA) antara Kesatuan dan Edgenta UEMS. Kes yang telah ditangguh sejak tahun lepas. Lokasi Wisma Perkeso: https://maps.app.goo.gl/R7gg8rvZk8bPuU3q8 Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi 0172377518

Pengawal keselamatan ditipu oleh kontrak kerajaan

Perjumpaan di Pejabat JPKK dengan sekumpulan pekerja pengawal keselamatan yang bekerja di bangunan PERKESO Putrajaya yang gajinya ditipu oleh kontraktor Kerajaan. Mereka sudah fail kes di Pejabat buruh dan kesnya akan didengar pada 8 Mac.

Syarikat belum bayar gaji minima RM1500?

Kita diberitahu oleh Kementerian Kewangan hari ini bahawa semua tunggakan syarikat kontraktor sudah bayar. Maka, kenapa mereka tak bayar gaji minima lagi kepada pekerja.Kita perlukan nama-nama syarikat yang belum bayar Gaji Minima RM1500.Sila beri maklumat Nama Syarikat dantempat kerja seperti sekolah atau hospital atau bangunan Kerajaan lainSila hantar di komen atau nombor SiAP.Terima kasih.