Sesi pertama kelas pengiraan Akta Pekerja
17.3.2023 – Hari ini sesi pertama kelas pengiraan serta soal jawap mengenai akta pekerja dan menerangkan dasar JPKK ditubuhkan. Maznan- JPKK Kedah
17.3.2023 – Hari ini sesi pertama kelas pengiraan serta soal jawap mengenai akta pekerja dan menerangkan dasar JPKK ditubuhkan. Maznan- JPKK Kedah
16.3.2023 Jam 7.30 am Perjumpaan sekumpulan pekerja security utk membincangkan isu penipuan kiraan gaji.
JPKK Johor: Baru siap buat report polis pekerja diberhentikan notis 24 jam.
15 Mac 2023 Jam 9.30pg: En Maznan (wakil JPKK) dan Tuan Peguam Arafas (wakil PSM) kes bicara di Mahkamah Buruh Sg Petani bagi pekerja pengawal keselamatan yang ditipu dalam pengiraan gaji oleh majikan. Pekerja ini yg bekerja di dlm bangunan Hospital sg petani.
Saudari Christine, wakil JPKK berucap di Sambutan Hari Wanita https://fb.watch/jiFmUXosYx/
Hari ini buat kelas kira gaji kepada beberapa aktivis JPKK di Pejabat JPKK, Petaling Jaya untuk bantu pekerja kontrak yang menghadapi masalah di tempat kerja.
Perjumpaan dengan dua pekerja Kontrak di KL. Mereka berkongsi pengalaman kerja di sekolah sebagai pengawal keselamatan. Mereka seramai 41 pekerja ambil tindakan keatas majikan untuk penipuan gaji. Mereka menang di JTK lebih RM500 ribu di tahun 2016. Sampai sekarang mereka belum dapat duit tersebut. Bincang dengan pihak JPKK samada boleh dapat peguam untuk lawan kes […]
Perjumpaan hari ini jam 10 pagi dengan sekumpulan pekerja² pengawal keselamatan yang bekerja di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar yang gajinya ditipu oleh kontraktor Kerajaan. Hari ini En.Maznan (Wakil JPKK Kedah) menerangkan cara kiraan gaji dan memberikan nasihat serta penerangan sedikit tentang akta buruh mengenai masalah mereka dgn syarikat .
Pastikan kaum pekerja menikmati pindaan dalam Akta kerja 1955, pengurangan waktu kerja. Sekarang 45 jam sahaja waktu kerja biasa. Selebihnya semua adalah kerja lebih masa yang mempunyai kiraan gaji lebih. Jangan benarkan majikan tipu anda.
8 Mac 2023: Cik Sivaranjani (wakil JPKK) dan saudara Sing (wakil PSM) buat bicara di Mahkamah Buruh Bangi bagi sekumpulan pekerja pengawal keselamatan yang ditipu gaji OT oleh majikan. Pekeeja-pekerja ini bekerja di Bangunan PERKESO di Putrajaya.