Berbincang tentang kes penipuan pengiraan gaji di hospital Sungai Petani

Hari ni saudara Maznan, pimpinan JPKK Sg Petani membawa seorg bekas pekerja untuk berbincang bersama dgn peguam bagi mewakili beliau kes penipuan pengiraan gaji oleh majikan dihospital Sg Petani. Kes ini akan dibicara di mahkamah buruh Sg. Petani pada 26.10.2022.. Ada lagi kes kedua pd 10.11.2022 melibatkan pekerja yg lain juga mendapat khidmat peguam yg […]

JPKK Johor menemani pengawal keselamatan membuat repot polis

Pagi tadi jam 10 pagi, saudara Aiman, pimpinan JPKK Johor telah menemani 3 orang pengawal keselamatan dari SJK (C) Kuo Kuang 1 Skudai membuat repot polis. Mereka telah diberhentikan kerja oleh majikan baru atas alasan kesalahan disiplin. Namun mereka tidak pernah menerima surat amaran dari majikan baru atau majikan lama. Repot polis dibuat sebagai menjadi […]

Majikan tidak membayar gaji pegawai keselamatan

17 Oktober 2022. Saudara Muhammad Aiman dari Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) bersama saudara Arangkannal dan saudara Yogeindran dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah menemani 3 bekas pegawai keselamatan dari 2 syarikat berbeza melaporkan kepada Pejabat Tenaga Kerja Johor Bahru berkenaan tindakkan majikan-majikan mereka itu yang tidak membayar gaji mereka untuk bulan September 2022. Seramai […]

Tuntutan utama kami pada hari pembasmian kemiskinan

JPKK turut hadir dalam barisan golongan miskin pada hari pembasmian kemiskinan sedunia hari ini di Masjid Jamek. JPKK utarakan 3 tuntutan utama: Hapuskan siatem Kontrak Iktiraf pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan sebagai frontliner Laksanakan gaji minima rm1500

Jawatan kosong – penyelaras komuniti

Kawan-kawan, kita ada jawatan kosong dalam JPKK. Kami mengalukan orang yang ada semangat untuk membantu dan mengubah nasib pekerja di Malaysia mohon bagi jawatan ini. Maklumat lanjut tentang jawatan ini, boleh hubungi wakil JPKK kami di talian 010-2402159.

Flashmob untuk memperingati Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa

Gabungan Marhaen mengajak anda ke flashmob untuk memperingati Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa pada 17 Oktober 2022, 1pm di Masjid Jamek. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan tuntutan penting pilihan raya daripada pelbagai masyarakat dan pekerja kepada parti politik dan calon untuk pilihan raya umum ke-15 akan datang. Tolong hubungi Sivaranjani di 0102402159 atau […]

Sokong tuntutan kami dengan Golongan Marhaen

Golongan Marhaen akan mengutarakan tuntutan mereka sempena hari pembasmian kemiskinan sedunia, 17/10/2022. Aksi ini di Masjid Jamek. Sertai untuk beri sokongan bagi terus berjuang dengan golongan Marhaen.