Borang Ahli JPKK

Kita ingin membina jaringan yang lebih luas dan kuat. Sila isikan borang di bawah jika anda seorang pekerja kontrak kerajaan dan kita akan menghubungi anda. Jikalau anda mengetahui sesiapa yang akan berminat, sila kongsikan. Borang Ahli Jaringan Perkerja Kontrak Kerajaan (JPKK) https://goo.gl/forms/YSzfmXvjje1RDtQ83

Double Standard bagi Kontrak untuk Pekerja Cleaner di Bank Negara

Ini kontrak untuk pekerja cleaner di Bank Negara. Apasal kontrak bulan ke bulan.. Bukan ke ini job tetap.. Juga bank negara baru2 dalam kajian dia kata pekerja harus dapat rm2700 gaji sekurang kurangnya, kenapa pekerja sendiri dia bagi gaji begini..double standard… penindasan maksimum terhadap pekerja. #lawansistemkontrak #sistemkontrakmembiakkemiskinan#banknegara

Pekerja Cleaner Akan Dibuang Kerja kerana Kerajaan Kurangkan Budget

Tiga hari berturutan kami menerima banyak panggilan dari pekerja cleaners dari sekolah yang mengatakan kontraktor baru yang mahu ambilalih dari 1 Jun 2019 sudah beritahu akan buang beberapa pekerja kerana Kerajaan sudah kurangkan budget. Kami telahpun hubungi KPM dan kami hanya diberitahu hantar maklumat kontraktor baru. Jika mana2 pekerja cleaner yang mengalami masalah ini, hubungi […]

Mesyuarat dengan Pekerja Cleaners Sekolah di Perlis

Mesyuarat dengan Pekerja cleaners di sekolah di Perlis. EPF potong tapi tak carum selama 16 bulan. Gaji Minima RM1100 hanya mula dilaksanakan pada April 2019. Hanya bagi rm800 gaji untuk 3 bulan pertama kontrak mula. Tiada potongan socso. Pekerja akan membawa aduan ke JTK, EPF, dan Socso.

Perjuangan Pekerja Kontrak Pembersih yang Dibuang Kerja Diambil Kerja Balik

Akhbar Nanban 14-5-19, m/s 7…dan gambar mesyuarat semalam 7 pekerja kontrak pembersih yang dibuang kerja diambil kerja balik…Mereka dibuang kerja atas alasan mereka buat aduan di Pejabat Buruh untuk menuntut hak mereka..Selepas perundingan dengan Pengarah Jabatan Politeknik dan Kelas Komuniti, Pengarah Politeknik Ungku Omar, Pengarah Pejabat Buruh, wakil Konsortium PAE, wakil Henry Butcher pada 13-5-2019, […]