Bicara dengan pengawal keselamatan yang ditipu gaji OT

8 Mac 2023: Cik Sivaranjani (wakil JPKK) dan saudara Sing (wakil PSM) buat bicara di Mahkamah Buruh Bangi bagi sekumpulan pekerja pengawal keselamatan yang ditipu gaji OT oleh majikan. Pekeeja-pekerja ini bekerja di Bangunan PERKESO di Putrajaya.

Pengawal keselamatan ditipu oleh kontrak kerajaan

Perjumpaan di Pejabat JPKK dengan sekumpulan pekerja pengawal keselamatan yang bekerja di bangunan PERKESO Putrajaya yang gajinya ditipu oleh kontraktor Kerajaan. Mereka sudah fail kes di Pejabat buruh dan kesnya akan didengar pada 8 Mac.

Kordinator JPKK fail tuntutan gaji di JTK JB

Johor: Pagi tadi pukul 10 kordinator JPKK, saudara Aiman bersama 3 orang bekas pengawal keselamtan dari sekolah-sekolah sekitar Zon Skudai telah pergi ke Jabatan Tenaga Kerja JB untuk failkan tuntutan gaji tertunggak dan 1 bulan notis. Mereka telah dibuang kerja tanpa sebab munasabah oleh syarikat AllSafe Guards. Alasan PO mereka adalah tidak mahu pekerja bukan […]

Berbincang tentang kes penipuan pengiraan gaji di hospital Sungai Petani

Hari ni saudara Maznan, pimpinan JPKK Sg Petani membawa seorg bekas pekerja untuk berbincang bersama dgn peguam bagi mewakili beliau kes penipuan pengiraan gaji oleh majikan dihospital Sg Petani. Kes ini akan dibicara di mahkamah buruh Sg. Petani pada 26.10.2022.. Ada lagi kes kedua pd 10.11.2022 melibatkan pekerja yg lain juga mendapat khidmat peguam yg […]

JPKK Johor menemani pengawal keselamatan membuat repot polis

Pagi tadi jam 10 pagi, saudara Aiman, pimpinan JPKK Johor telah menemani 3 orang pengawal keselamatan dari SJK (C) Kuo Kuang 1 Skudai membuat repot polis. Mereka telah diberhentikan kerja oleh majikan baru atas alasan kesalahan disiplin. Namun mereka tidak pernah menerima surat amaran dari majikan baru atau majikan lama. Repot polis dibuat sebagai menjadi […]

Majikan tidak membayar gaji pegawai keselamatan

17 Oktober 2022. Saudara Muhammad Aiman dari Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) bersama saudara Arangkannal dan saudara Yogeindran dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah menemani 3 bekas pegawai keselamatan dari 2 syarikat berbeza melaporkan kepada Pejabat Tenaga Kerja Johor Bahru berkenaan tindakkan majikan-majikan mereka itu yang tidak membayar gaji mereka untuk bulan September 2022. Seramai […]

Tuntutan utama kami pada hari pembasmian kemiskinan

JPKK turut hadir dalam barisan golongan miskin pada hari pembasmian kemiskinan sedunia hari ini di Masjid Jamek. JPKK utarakan 3 tuntutan utama: Hapuskan siatem Kontrak Iktiraf pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan sebagai frontliner Laksanakan gaji minima rm1500

Mesyuarat bersama pekerja pembersihan di Kuala Pilah

Mesyuarat bersama Pekerja Pembersihan Sekolah dikawasan Kuala Pilah. Berkenaan Gaji minima masih belum dilaksanakan serta caruman KWSP serta SOCSO tidak dicarum selama 1 tahun. Ada pembersih mengalami kecederaan tetapi tidak dapat claim dari Socso. Dapat tahu bahawa nama majikan tiada dalam sistem KWSP dan Perkeso. Planning nak buat Demo dihadapan PPD serta PC dihadapan PPD.