Mesyuarat pimpinan negeri JPKK

Mesyuarat pimpinan negeri JPKK hari ini untuk bincang apakah strategy kita untuk bawa isu kita kepada Kerajaan baru dan bagaimana terus bina Gerakan pekerja Kontrak.

MESYUARAT JPKK PUSAT DENGAN AJK JPKK NEGERI-NEGERI UTARA

MESYUARAT JPKK PUSAT DENGAN AJK JPKK NEGERI-NEGERI UTARA Pada sabtu & ahad lepas, JPKK Pusat bersama dengan JPKK Kedah, Perak & Perlis telah bermesyuarat bincang gerak kerja perjuangan kita untuk tuntut sistem kerja tetap. Walaupun menghadapi hujan lebat & risiko banjir, kami ingin ucapkan terimakasih kepada semua, termasuk Jawatankuasa Negeri Kedah, Perak & Perlis kerana […]

Konvoi Utara Semenanjung JPKK

Mesyuarat JPKK di Perlis pada 19/12/2021 (Ahad), pukul 2pm di alamat Dewan Masjid Al-Mustaqim Kampung Seriab, Perlis (sebelah IPD Kangar). Dijemput semua pekerja kontrak seperti pembersih dan pengawal keselamatan sekolah, Hospital dan semua bangunan Kerajaan. Kita akan bincangkan masalah pekerja kontrak, tindakan lanjut dan penubuhan Kesatuan untuk pekerja2 kontrak ini. Harap semua hadir. Untuk confirm […]

Mesyuarat Online JPKK

Jangan lupa mesyuarat online hari ini bagi ahli2 JPKK. Kepada ahli2 JPKK, Selamat pagi dan selamat hari raya. Kita ada anjurkan satu mesyuarat khas bersama ahli-ahli JPKK pada 26 Mei, pukul 8.30pm di online untuk berkongsi pengalaman situasi kerja semasa PKP yang sedang berlangsung sekarang. Berikut adalah maklumat untuk sertai mesyuarat. Tolong download aplikasi Zoom […]

Mesyuarat JPKK di Kuala Lumpur

Mesyuarat Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan – JPKK semalam di KL. Wakil2 dari 5 negeri hadir bersama untuk membincangkan masalah yang dihadapi di tempat kerja dan merancang tindakan seterusnya dalam kempen mansuh Sistem Kontrak di premis kerajaan.

Peringatan: Mesyuarat JPKK

Peringatan: Esok(18/8) jangan lupa mesyuarat pekerja kontrak di KL pukul 10 pagi. Wakil Kementerian Pendidikan akan turut hadir untuk mendengar masalah kita. Harap semua pekerja hadir. Tk.

Mesyuarat Nasional dengan Pekerja-Pekerja

Kawan2, kita ada satu mesyuarat Nasional dengan pekerja2 pengawal keselamatan, pekerja pembersih, dan pekebun2 yang bekerja di semua premis kerajaan seperti sekolah, hospital, Pejabat Daerah, majlis Perbandaran, dan semua tempat kerajaan untuk bincang masalah yang dihadapi oleh pekerja dan bincang langkah penyelesaian. Pekerja yang akan hadir, sila daftar nama anda di 0102402159. Tk

× Ada aduan? Hubungi SiAP!