Hapuskan Sistem Kontrak!

Tahun 2020 membawa satu impak besar dalam kehidupan pekerja di seluruh dunia, ia membuka mata kita tentang kepentingan pekerja barisan hadapan (frontliner) di masa wabak COVID-19 ini. Tetapi, ramai juga lupa bahawa pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan di hospital, sekolah dan lain-lain premis Kerajaan Persekutuan Malaysia juga merupakan pekerja frontliner dan mereka sudah dilupa oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia sehingga tidak diiktiraf pengorbanan mereka.

Kami mendesak Kerajaan Persekutuan Malaysia untuk:

1) Serap pekerja-pekerja kontrak di premis Kerajaan seperti pekerja pembersihan, pengawal keselamatan dan pekerja sebagai pekerja tetap di Kerajaan,
 
2) Hapuskan kronisma dan orang tengah (kontraktor),

3) Kurangkan pembaziran dan cekapkan pentadbiran.

#HapusSistemKontrak #AbolishContractSystem #JaminanKerjaHakSemua

Related

𝐊𝐀𝐌𝐈 𝐌𝐎𝐇𝐎𝐍 𝐒𝐎𝐊𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐃𝐀

Pekerja kontrak seperti pembersih, tukang kebun dan pengawal keselamatan di bangunan kerajaan telah lama menyumbang kepada negara. Namun, di bawah sistem kontrak, mereka: Tiada jaminan kerja walau sudah berkhidmat bertahun-tahun Gaji rendah dan tidak seragam Tiada cuti bergaji penuh atau perlindungan mencukupi Sering bertukar majikan dan terdedah kepada eksploitasi Sistem ini tidak adil dan tidak […]

𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐀𝐌𝐁𝐈𝐋 𝐁𝐄𝐑𝐀𝐓 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐑𝐀𝐊?

Kita perlu melihat dan mengenang kembali jasa-jasa pekerja kontrak serta membantu mereka menghapuskan sistem kontrak yang menyusahkan mereka. Jom kita semua tandatangan petisyen ini untuk menghapuskan sistem kontrak: https://chng.it/ykq2b8WKKG Tonton Video di:FacebookInstagramTwitterTiktok