5 Pekerja Menang di Mahkamah Tinggi Shah Alam Hari Ini

5 pekerja Menang di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini!

5 Pekerja ini dibuang kerja tanpa alasan munasabah oleh syarikat Autoair Industries Sdn Bhd yang terletak di Batang kali. Kes pekerja-pekerja ini dikalahkan oleh JTK Rawang pada Disember 2018. Pekerja berasa JTK Rawang bias terhadap majikan dan tidak puashati dengan keputusan JTK Rawang.

5 pekerja ini juga membawa isu bias JTK Rawang kepada Menteri Sumber Manusia pada Januari 2019.

Selepas itu, 5 pekerja ini membuat keputusan untuk mencabar keputusan JTK Rawang dan majikan yang bertindak zalim terhadap mereka di Mahkamah Tinggi. Hari ini hakim memutuskan syarikat autoair perlu menjelaskan pampasan faedah renti kerja kepada semua pekerja dan kos sebanyak RM5000 dikenakan keatas majikan.

Syabas kepada pekerja yang terus berjuang dan peguam V.K.Raj yang sudi membantu pekerja-pekerja yang miskin ini.

Related

𝟑 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑𝐒𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 (𝐒𝐂𝐇𝐎𝐎𝐋 𝐂𝐋𝐄𝐀𝐍𝐄𝐑𝐒) 𝐌𝐄𝐍𝐂𝐀𝐁𝐀𝐑 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐑𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐏𝐑𝐄𝐌𝐈𝐒 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍

Tiga pekerja pembersihan sekolah dari Kedah yang telah dibuang kerja akibat sistem kontrak (fixed term) yang tamat pada 31 Disember 2021 telah memfailkan kes di Mahkamah Perusahaan Pulau Pinang, namun tuntutan mereka telah ditolak. Ketiga-tiga pekerja tersebut kini mencabar keputusan tersebut di Mahkamah Tinggi, dan perbicaraan dijadualkan pada 20 November 2025 di Mahkamah Tinggi Pulau […]