Maszlee Memberi Sokongan Dalam Isu Kontrak Pekerja Pembersihan dan Pengawal Keselamatan Sekolah yang Dikemukakan

YB Dr. Maszlee, menteri pertama jumpa Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan – JPKK dan sanggup dengar keperitaan pekerja kontrak di sekolah yang kerja sebagai pengawal keselamatan dan pembersih sekolah. Kementerian beliau terus beri sokongan dalam isu2 yang kami kemukakan. Beliau juga beritahu kami dalam satu meeting bahawa beliau pernah jadi ahli kesatuan dulu dan faham masalah yang dihadapi oleh pekerja. Beliau berani menyatakan kontraktor yang mencabuli hak pekerja akan di senaraihitamkan. Kami juga nampak sedikit kemajuan dalam isu ini dalam satu tahun lepas.

Kami tidak sangka permainan politik membawa peletakan jawatan beliau begitu segera. Kami ucapkan terima kasih kepada YB Maszlee atas sokongan beliau kepada Jaringan pekerja kontrak kerajaan.

https://www.sinarharian.com.my/article/20437/BERITA/Nasional/KPM-bakal-senaraihitam-kontraktor-aniaya-pekerja-Maszlee

Related

Penghargaan kepada 113 pengawal keselamatan

Salam perjuangan kepada pekerja! JPKK ingin memberikan penghargaan dan kami turut bersolidariti bersama 113 pengawal keselamatan yang berani mengambil tindakan terhadap penindasan di tempat kerja Tindakan ini adalah sangat bermakna dalam perjuangan pekerja demi menuntut hak mereka dan melawan penindasan sistem kontrak! ini secara tidak langsung akan memberikan semangat dan inpirasi kepada mereka yang lain […]