Covid 19, Jangan Bahayakan Pekerja Demi Keuntungan – Kerajaan Harus Tegas Memantau Syarikat Dan Industri ‘Non Essential’
COVID 19, JANGAN BAHAYAKAN PEKERJA DEMI KEUNTUNGAN – KERAJAAN HARUS TEGAS MEMANTAU SYARIKAT DAN INDUSTRI ‘NON ESSENTIAL’
*LAPORAN BIRO PEKERJA PARTI SOSIALIS MALAYSIA*
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan di umumkan oleh Kerajaan untuk mengawal wabak Covid 19, Kerajaan telah menyenaraikan syarat bahawa hanya industry perlu âessentialâ sahaja yang harus beroperasi dalam tempoh PKP ini. Mahupun demikian syarikat perniagaan dan kilang âkilang lain yang ingin beroperasi telah diminta untuk membuat permohonan kepada pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri MITI.
Mengikut kenyataan akhbar pihak MITI bertarikh 27hb.Mac,2020, (MITI) mengesahkan telah menerima sebanyak 9,290 permohonan daripada syarikat-syarikat pelbagai sektor pembuatan untuk meneruskan operasi sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Daripada jumlah tersebut, 2,732 syarikat atau 29.41 peratus telah dibenarkan untuk beroperasi, manakala 2,794 permohonan (30.08 peratus) telah ditolak. Manakala 1,885 (20.29 peratus) adalah di dalam senarai Keep In View (KIV) dan selebihnya (1,879, 20.22 peratus) masih di dalam proses saringan MITI.
MITI juga menyenaraikan syarikat sektor-sektor pembuatan dan pengeluaran barang-barang keperluan umum penting dan kritikal seperti berikut :
i) Makanan dan minuman;
ii) Produk barangan rumah (termasuk hand sanitiser);
iii) Peralatan perlindungan peribadi (termasuk topeng muka);
iv) Farmaseutikal;
v) Bahan pembungkusan dan percetakan, khususnya untuk industri pemakanan
dan minuman;
vi) Peranti perubatan, dan pembedahan; dan
vii) Minyak dan gas.
Demi memastikan bahawa syarikat dan kilang mematuhi peraturan PKP dan menjaga kesihatan pekerjanya, *pihak PSM telah membuka hotline aduan telefon dan aduan online* yang dikendalikan oleh cawangan-cawangan PSM . Skop pemantauan dan tindakan kami adalah seperti berikut;
- Menerima aduan dari golongan pekerja dan individu yang mengalami masalah pemangsaan di tempat kerja semasa krisis Covid 19 seperti tidak dibayar gaji, dipaksa bekerja, tidak mengikuti syarat yang ditentukan oleh kerajaan, dihentikan kerja secara mengejut dan lain-lain yang berhubung kait dengan pekerjaaan.
- Mengutarakan masalah dan aduan kepada pihak berkuasa seperti Jabatan Tenaga kerja (JTK), Kementerian Sumber manusia(KSM), MITI dan Pihak Polis
- Memantau dan membuat analisa tren, permasalahan dan penyelesaian
- Memberikan khidmat nasihat kepada pekerja mengenai hak mereka dan perundangan.
2. *Statistik Pemantauan dari tarikh 25/3/2020 hingga 29/3/2020*
- Jumlah aduan diterima – 178 aduan keseluruhan
- Taburan Negeri-negeri aduan diterima adalah
Selangor – 83
Perak – 52
Kuala Lumpur – 13
Kelantan – 8
Pulau Penang – 9
Pahang -5
Terengganu – 4
Kedah – 3
Sarawak – 1
*TABURAN ADUAN*
1) 50% daripada aduan ini adalah dari sektor perkhidmatan yang diberi kebenaran untuk beroperasi tetapi industri tersebut bukan perkhidmatan penting. Contohnya Kilang besi, kilang elekrtik dan elektronik semiconductor, kilang perabot, perlombongan, kilang pembinaan dll.
2) 30% aduan lain adalah daripada pekerja yang Syarikatnya tutup sementara waktu sehingga kawalan pergerakan berakhir.
3) 10% daripada aduanya adalah pekerja dari perkhidmatan penting/perlu
4) 10% syarikat yang tidak patut beroperasi ( bukan dari industry penting /kritikal) sedang beroperasi dan pekerja dipaksa hadir kerja seperti kedai gambar, spa, kedai pakaian dll.
*JENIS ADUAN*
i. *Industri âNon essentialâ yang dibenarkan oleh MITI*
- industri yang tidak penting diberi kebenaran untuk beroperasi seperti elektronik semi conductor, kilang besi, Pembinaan dan Maintenance kilang, Perlombongan, dan Kilang Perabot. Ramai pekerja terlibat dalam kilang-kilang ini.
- Pada mulanya kita diberitahu perkhidmatan penting dibenarkan bekerja tetapi lama-kelamaan masalah dan kekeliruan wujud apabila MITI mula memberi kebenaran kepada industri-industri diatas satu per satu untuk beroperasi.
- Ianya seolah olah todak masuk akal kerana sesetangah syarikat ini mempunytai ribuan pekerja dan pengasingan social tidak mungkin dapat dilaksanakan.
ii. *Kilang yang diberi kebenaran operasi tidak mengikut Syarat Kerajaan*
- Ini merupakan aduan Kilang yang diberi kebenaran operasi tidak mengikut pengurangan kapasiti pekerja kepada 50%.
- Maklumat lengkap syarikat-syarikat ini PSM telah dan sedang kemukakan kepada Jabatan Tenaga Kerja .
iii. *Tindakan aduan pekerja dan respon dari pihak berkuasa*
- Dibeberapa kilang pihak pekerja kedepan dan mengambil tindakan membuat aduan polis terhadap syarikat-syarikat ini
- Tetapi kami dapati tiada tindakan menutup operasi dijalankan oleh pihak polis apabila syarikat menunjukkan surat kebenaran MITI. Amaran pihak Polis untuk kurangkan kapasiti pekerja, sediakan bahan keselamatan seperti Mask dan Sanitizer tidak diambilkira oleh Syarikat.
- Ada juga pekerja yang membuat aduan polis dan mengambil keputusan untuk tidak hadir kerja atas nasihat pihak polis. Tetapi mereka menerima berita dari majikan bahawa gaji mereka tidak akan diberi.
Iv. *Pekerja tidak dibekalkan Peralatan keselamatan*
- Pekerja yang hadir kerja di Syarikat yang beroperasi tidak dibekalkan peralatan keselamatan seperti sanitizer, mask dan Majikan tidak memastikan jarak sosial (social-distancing).
- Pekerja juga amat risau kerana Syarikat beroperasi walaupun ada pekerja sedang jatuh sakit. Pekerja berasakan Syarikat tidak sensitive dengan Covid-19 dan tidak mengambil berat tentang hal kesihatan pekerja.
iv. *Dipaksa mengambil cuti tahunan*
- Pekerja yang dibenarkan berada di rumah, dipaksa untuk mengambil cuti tahunan
- Ada segelintir majikan memberitahu tiada gaji akan dibayar dalam tempoh kawalan pergerakan dengan alasan pekerja upah harian dan syarikat kata tiada perniagaan, maka tiada pendapatan untuk bayar pekerja.
4. *TINDAKAN YANG DIAMBIL OLEH BIRO PEKERJA PSM*
Apabila kami menerima aduan-aduan ini, kami mengambil beberapa tindakan:-
1. Setelah mengumpul maklumat penuh tentang aduan pekerja, kami mula berkomunikasi dengan jabatan yang berkenaan â Hotline MITI, KSM dan email kepada Kementerian Sumber Manusia.
2. Kami juga menghubungi balai polis yang berdekatan untuk melapor dan mengadu tentang Syarikat yang langgar perintah kawalan pergerakan.
3. Kami juga memanggil segelintir majikan
i) Menekankan kepentingan membekalkan peralatan keselamatan seperti mask, sanitizer dan social distancing
ii) Memberi amaran bahawa pekerja tidak boleh dipaksa untuk mengambil cuti tahunan mahupun memaksa pekerja hadir kerja bagi industri yang tiada kebenaran.
5. *CABARAN YANG DIALAMI OLEH BIRO PEKERJA*
- Hotline MITI selalu tidak dijawab.
- Jabatan Tenaga Kerja(JTK) pula telah menunjukkan respon yang lebih memberangsangkan kebelakangan ini berbanding pada awalnya dimana ada remaklumbalas standart âterima kasih aduan anda telah direkodkan. Sila pergi ke pejabat JTK berdekatan setelah kawalan pergerakan berakhirâ. Namun kebelakangan ini kami melihat ada lebih tindakan yang diambil seperti menghubungi pekerja untuk mengetahui keadaan sebenar dan hubungi majikan untuk siasat.
6. *CADANGAN DAN TUNTUTAN BIRO PEKERJA PSM*
I. Majikan harus menghargai segala pengorbanan pekerja mereka pada masa ini. Ini bukan masanya untuk menyiksa atau memaksa pekerja untuk bekerja demi keuntungan. Hal kesihatan harus diberi keutamaan dan bekerjasama untuk sama-sama mengatasi detik kesusahan ini.
Selaras dengan perkara (I), Kerajaan harus membantu majikan yang kecil seperti SME yang mempunyai 15 pekerja dan ke bawah dalam memberi subsidi untuk pembayaran sewa kepada premis mereka untuk 3 bulan, subsidi dalam bil air dan elektrik untuk mengurangkan beban mereka dalam tempoh kawalan pergerakan.
II. MITI harus menyenaraikan semua syarikat yang mereka benarkan beroperasi dan apakah syarat yang dikenakan, Senarai itu harus transparen dalam website mereka supaya semua pihak dapat memantau termasuk pekerja dan pihak polis.
III. Jika industri tersebut benar-benar tidak penting atau perkhidmatan perlu, harus berhenti beroperasi. MITI harus tegas dalam hal ini. MITI tidak harus terpengaruh dengan lobi majikan. Kerajaan atau majikan tidak seharusnya gadaikan nyawa rakyat waktu ini!
Laporan Oleh
*Sivaranjani. M ( 010 240 2159)*
_Biro Pekerja PSM_
_30 Mac 2020_