Majikan Khidmat Pembersihan Hospital Telok Intan UEMS Edgenta Larang Pekerja Pembersihan Hospital Menjalani Saringan COVID-19

KENYATAAN AKHBAR SEGERA – 25HB MAC 2020

*Majikan Khidmat Pembersihan Hosp Telok Intan UEMS Edgenta larang pekerja pembersihan Hospital menjalani saringan COVID-19*

Menurut laporan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini (25-3-2020), 37 petugas kesihatan di Hospital Teluk Intan positif Corona Virus – Covid 19.

Petugas-petugas ini adalah dari Jabatan Kecemasan hospital tersebut. 37 diarahkan dikuarantin dan sebahagian mereka dihantar ke Hospital Ipoh untuk rawatan selanjutnya.

*Tetapi, pekerja pembersihan seramai 7 pekerja di Jabatan Kecemasan dilarang melakukan saringan Covid-19 oleh Penyelia Edgenta UEMS, Pn. Azilah*. Alasan yang diberi oleh Azilah adalah sekiranya pekerja disuruh bercuti, tiada pengganti untuk melakukan kerja mereka.

Malah, petugas kesihatan Jabatan X-ray juga diarahkan untuk melakukan saringan Covid-19. Tetapi, pekerja pembersihan di Jabatan X-ray dilarang untuk melakukan saringan.

Pekerja pembersihan juga adalah salah satu pihak Frontliners yang bertungkus lumus melawan Covid-19 tetapi kumpulan ini diabaikan dan tidak diberi kemudahan yang sama seperti frontliners yang lain.

Mengapa timbul keadaan ini di mana pekerja pembersihan tidak langsung diberi perhatian dan kesihatan mereka diabaikan?

Ini merupakan kecuaian dan tindakan sambil lewa daripada Majikan, Edgenta UEMS sebuah syarikat GLC Khazanah Nasional.

Kesatuan Pekerja2 Swasta Perkhidmatan Sokongan di Hospital2 Kerajaan Semenanjung Malaysia menyeru Kementerian Kesihatan untuk mengambil tindakan SERTA-MERTA terhadap kecuaian ini.

*M. Saraswathy*
_Setiausaha Eksekutif Kesatuan Pekerja2 Swasta Perkhidmatan Sokongan di Hospital2 Kerajaan Semenanjung Malaysia_
Tel : 0165587144

Related

× Ada aduan? Hubungi SiAP!