Solidariti Bersama 5 Ahli NUWHSAS

Solidariti bersama 5 Ahli Kesatuan Pekerja-Pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan Di Hospital-Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (NUWHSAS).
Mereka telah dianiaya majikan mereka, Edgenta UEMS, dengan pelbagai salah laku seperti;
-tidak membekalkan kelengkapan perlindungan diri (PPE),
-tidak membekalkan penutup muka dan sarung tangan yang mencukupi,
-tidak meneruskan subsidi pengangkutan,
-jam kerja lebih panjang tanpa dibayar gaji lebih masa,
-diubah jam kerja dan waktu syif sewenang-wenangnya
-pemindahan kerja sewenang-wenangnya ke hospital yang berada jauh dari rumah
-mengugut secara terbuka bahawa mereka yang terlibat dalam kesatuan akan dinafikan kerja lebih masa berbayar.
Hak asas pekerja seperti kebebasan menyertai kesatuan sekerja, hak menerima gaji yang bermaruah, dan faedah faedah berkaitan hendaklah dijamin. Mereka adalah pekerja barisan hadapan dalam usahasama kita menentang COVID-19, jadi sepatutnya kebajikan hidup mereka diutamakan. Lukisan mural & iklan penghargaan di kaca tv sahaja hanyalah simbolik dan tidak menggambarkan kesengsaraan dan isu sebenar yang dihadapi pekerja-pekerja pembersihan hospital !
#CleanersJugaFrontliners