Seorang Cleaner Melawan SOCSO

*SEORANG CLEANER MELAWAN SOCSO” Ini adalah satu kes dimana beliau *dinafikan hak untuk mendapat perlindungan SOCSO* kerana SOCSO menginterpretasi undang-undang secara sempit.

Valarmathy berumur 47 tahun adalah seorang cleaner yang berkerja di Sekolah Rendah Tun Hussein Onn 1. Pekerjaan beliau biasanya adalah kerja pembersihan longkang, dewan, aturkan kerusi, meja dan kerja-kerja angkat pasu bunga untuk Syarikat Za Integrity Resources sejak 20 Disember 2017

Pada 12/7/2018, malangnya beliau telah mengalami satu kemalangan lebih kurang pukul 4.30pm dalam perjalanan balik selepas kerja habis iaitu routine biasa beliau adalah menghantar rakan kerjanya Pn Jeya ke rumahnya, sebelum beliau ke rumah beliau.

Kesan kemalangan, beliau dimasukan ke Hospital Serdang dan diadmit di hospital untuk 5 hari dan kemudiannya beliau telah diberikan cuti sakit sehingga 17/12/2018. Majikan beliau pula telah memberhentikan kerjanya pula.

Pada 17/7/2018, Valar telah file kes ke PERKESO (SOCSO) kerana SOCSO akan melipuiti bencana kerja untuk masa bekerja termasuk masa perjalanan pergi dan balik kerja. Tetapi dalam kes ini SOCSO telah menolak permohonan bencana kerja pada 18/10/2018 atas alas an belaiau membuat lencongan semasa balik kerja . Beliau kemudian telah membuat rayuan kepada Jemaah Rayuan pada 17/12/2018 dan hadir bicara di Jemaah Rayuan PERKESO pada 22/3/2019. Namun permohonan beliau untuk tuntutan bencana kerja ditolak pula oleh jemaah Rayuan pada 4/10/2019.

Akhirnya dengan bantuan PSM, kita kini memfail kes di Mahkamah Tinggi pada 12/12/2019. Peguam New Sin Yew dan Beatrice dari Amer Bon bersetuju membantu kes ini secara probona. Pendapatan beliau hanyalah RM 1100.

Setiap hari masa balik, beliau akan menghantar rakan sekerjanya pulang sebelum balik ke rumahnya. Semua saksi termasuk majikan dan lain-lain memberikan hujah yang sama. *Namun SOCSO berpendapatan disebabkan dia alami kemalangan masa hantar balik rakan kerjanya, maka tuntutan beliau tidak akan dilayan.*

Ini adalah satu pencabulan. *SOSCO sepatutnya melindungi pekerja dan bukan menindas*. Hari ini pula di mahkamah, *SOCSO diwakili oleh Syarikat Guaman yang kaya untuk melawan pekerja berpendapatan RM 1100.* PSM akan terus lawan kes ini. *TOLONG BERI SOLIDARITI UNTUK HADIR KE MAHKAMAH ATAU BANTU VIRAL INI KEPADA ORANG RAMAI*

Related

Lawatan JPKK di DUN Sungai Tua

Lawatan JPKK di DUN Sungai TuaPSM Sungai Tua bersama Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) telah mengadakan lawatan ke 5 sekolah kerajaan di sekitar DUN Sungai Tua.Sekolah-sekolah tersebut adalah SJK (T) Batu Caves, SJK (C) Kheow Bin, SK Taman Selayang 2, SMK Taman Selayang dan SMK Seri Selayang.Hasil lawatan ini kami dapat merekrut 7 pekerja kontrak […]

× Ada aduan? Hubungi SiAP!