Pelancaran Sistem Aduan Pekerja (SiAP), Sistem Hotline & Pangkalan Data JPKK

Sidang Media – Pelancaran Sistem Aduan Pekerja (SiAP), sistem hotline & pangkalan data JPKK

Menyedari ancaman COVID-19 terhadap golongan pekerja, Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) bersama dengan Biro Pekerja Parti Sosialis Malaysia, Jaringan Rakyat Tertindas – JERIT/Oppressed Peoples Movement, dan Kesatuan Pekerja Swasta Hospital Kerajaan, dengan kerjasama Atlantic Fellows dan The Equity Initiative akan melancarkan Sistem Aduan Pekerja (SiAP) untuk membantu golongan pekerja di Malaysia.

SiAP adalah sebuah sistem yang merangkumi hotline bagi aduan kes pekerja secara atas talian (secara panggilan/Whatsapp), dan juga sistem pangkalan data kes pekerja. Rekod kes kemudian akan disimpan didalam pangkalan data & ditujukan kepada kordinator JPKK yang berdekatan dengan pengadu. Ini akan memudahkan proses aduan pihak pengadu, dan juga memudahkan pengendalian kes bagi pihak JPKK.

Berikut adalah maklumat pelancaran SiAP:

Tarikh : 5 November 2020 (Khamis)
Tempat : Facebook Live JPKK (Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan)
Masa : 3.00 petang

Biar Kami SiAP-kan!

Related

Penghargaan kepada 113 pengawal keselamatan

Salam perjuangan kepada pekerja! JPKK ingin memberikan penghargaan dan kami turut bersolidariti bersama 113 pengawal keselamatan yang berani mengambil tindakan terhadap penindasan di tempat kerja Tindakan ini adalah sangat bermakna dalam perjuangan pekerja demi menuntut hak mereka dan melawan penindasan sistem kontrak! ini secara tidak langsung akan memberikan semangat dan inpirasi kepada mereka yang lain […]