COVID 19 – Ancaman kepada Golongan Pekerja – Pelancaran Sistem Aduan Pekerja (SiAP)

*Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan*
_D-3-33, Block D, 8 Avenue Business Centre, Jalan Sungai Jernih 8/1_,
_Seksyen 8 Petaling Jaya, 46050 Petaling Jaya, Selangor_

4 November 2020
Kepada,
Ketua Pengarang,
Akhbar , TV & Radio
Media Massa Online
*COVID 19- ANCAMAN KEPADA GOLONGAN PEKERJA*
*PELANCARAN SISTEM ADUAN PEKERJA (SiAP)*

Tahun 2020 membawa satu impak besar dalam kehidupan rakyat, di seluruh dunia akibat Covid-19. Golongan yang paling terjejas di keadaan pendamik adalah golongan pekerja dimana ramai pekerja hilang punca pendapatan dan pengangguran naik mendadak di Malaysia sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan sejak Mac 2020. Kadar pengangguran dari 3.9% di bulan Mac meningkat kepada 5.0% di bulan April dan melonjak ke 5.3% di bulan Mei.

Menyedari keadaan ini, Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) bersama dengan Biro Pekerja PSM, Jaringan Rakyat Tertindas(JERIT) dan Kesatuan Pekerja Swasta Hospital Kerajaan dengan kerjasama Atlantic Institut dan The Equity Inisiatif akan melancarkan satu hotline SiAP untuk membantu golongan pekerja di Malaysia.

Berikut adalah maklumat pelancaran SiAP:

Tarikh : *5 November 2020 (Khamis)*
Tempat : *Facebook – Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK)*
Masa : *3.00 petang*

Kami amat berharap pihak Media akan hadir ke pelancaran online ini untuk mendapat tahu secara mendalam tentang hotline SiAP. Bagi maklumat lanjut, sila hubungi saudari Geetha di talian – 016-6377901.

Sekian terima kasih.

_M. Sivaranjani_
_Biro Pekerja PSM_

Related

𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐓𝐈𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀

Ribuan pekerja kontrak berkhidmat setiap hari di sekolah, hospital dan di bangunan kerajaan yang lain. Tapi masih tanpa jaminan kerja tetap, tanpa kenaikan gaji dan perlindungan yang mencukupi! Pada May Day yang akan datang ini, kami tuntut jaminan kerja, gaji adil, perlindungan sosial untuk semua! Sertai perarakan Hari Pekerja yang akan datang pada 1 Mei […]

× Ada aduan? Hubungi SiAP!