Memohon Sokongan YB-YB untuk Menyokong dan Membela Nasib

SIARAN AKHABAR JARINGAN PEKERJA KONTRAK KERAJAAN
15 December 2020

MEMOHON SOKONGAN YB-YB UNTUK MENYOKONG DAN MEMBELA NASIB
_______________________________________________________________________

Dengan segala hormatnya, kami Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) mengharapkan sokongan YB-YB sekalian untuk menyokong kempen kami yang mewakili kepentingan Pekerja Pembersih, Pengawal keselamatan dan Tukang Kebun dalam premis Kerajaan.

2. Kami dalam proses pnyerahan memorandum kepada EMPAT kementerian, YAB Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang dengan harapan mendapatkan sokongan mereka untuk menyokong tiga tuntutan kami seperti dibawah:
1. Penyerapan semula pekerja kontrak di premis Kerajaan
2. Hapuskan kronisme dan orang tengah (kontraktor)
3. Kurangkan red-tape dan tingkatkan kecekapan dalam pentadbiran

3. Berserta dengan surat ini dilampirkan satu risalah kempen kami untuk tatapan dan tindakan YB-YB. Kami amat mengharapkan sokongan YB-YB dalam perkara seperti berikut:
a. Tandatangan petisyen kami dan sebarkan kepada kawasan Parlimen YB-YB
https://www.change.org/kerja_tetap_untuk_pekerja_kontrak_Kerajaan
b. Mendesak Kerajaan untuk menyokong tuntutam kami
c. Berhujah dan berdebat isu kami di parlimen

4. Diharapkan YB-YB dapat membela nasib kami dan menyokong usul untuk menghapuskan sistem kontrak pekerja kontrak kerajaan dan menyerap semula kami sebagai pekerja tetap kerajaan

Terima kasih.

Yang Benar,
Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK)
#CleanerJugaFrontliner
#HapusSistemKontrak
#JaminanKerjaHakSemua
+60 11-1090 7989

Related

Peringatan tentang JPKK!

Ianya penting untuk anda memahami matlamat kami. Sertai kami untuk menghapuskan sistem kontrak. Daftar diri anda di: https://forms.gle/hLta5pBgpxPn77ZCA https://www.facebook.com/reel/1773921923051746

Diskusi Meja Bulat: Dilema Gaji Progresif?

Sekilas tentang diskusi meja bulat yang bertema 𝐃𝐢𝐥𝐞𝐦𝐚 𝐆𝐚𝐣𝐢 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐞𝐬𝐢𝐟 yang dianjurkan oleh 𝐉𝐏𝐊𝐊 bersama dengan Asia Europe Institute (𝐀𝐈𝐄), Universiti Malaya pada 𝟑𝟏 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 dan telah dihadiri oleh pelbagai pihak iaitu wakil Kementerian Ekonomi, International Labour Organization (ILO), Uni Malaysia Labor Centre (Uni-MLC), Labor Law Reform Coalition (LLRC), Malaysia Employer Federation (MEF) dan pakar-pakar […]

× Ada aduan? Hubungi SiAP!