Takziah kepada Keluarga Yam Narayan Chadhary

Siaran Akhbar Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan | 14 December 2020

Takziah kepada keluarga Yam Narayan Chadhary

JPKK kecam kecuaian Top Glove Berhad terhadap kematian Yam Narayan Chadhary

Ringkasan

  • JPKK mengucap takziah kepada keluarga Yam Narayan Chadhary dan mengecam kecuaian Top Glove Berhad dalam kematian Yam Narayan Chaudhary
  • JPKK mempersoalkan kepatuhan keselamatan tempat kerja dan cubaan untuk membisukan pemberi maklumat
  • JPKK menyeru Top Glove Berhad untuk mematuhi undang-undang Malaysia dan melindungi pekerja-pekerja mereka

1. Jaringan Pekerja Kontrak Kerjaan (JPKK) mengucapkan takziah kepada keluarga Yam Narayan Chaudhary dan mengecam kecuaian syarikat Top Glove Berhad dalam melindungi pekerja dan menyebabkan kematian Yam Narayan Chaudhary.

2. Yam Narayan Chaudary merupakan pengawal keselamatan warga Nepal di kilang Top Glove di Meru meninggal dunia pada 13 December 2020 selepas dimasukkan ke hospital pada 21 November 2020. Mengikut penyataan dari Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, Yam Narayan Chaudhary berada di tahap akhir jangkitan ketika dimasukkan ke hospital iaitu tahap 4 dan 5, dan dia ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU). Kluter Teratai telah dikenal pasti pada 7 November 2020, kenapa Yam Narayan Chaudary hanya dimasukan ke hospital pada 21 November 2020?

3. Pada 23 September, Yubaraj Khadka, seorang pekerja Top Glove di kilang Meru menerima surat penamatan kontrak kerana mendedahkan dua gambar tentang keadaan dan situasi kilang yang tidak mengikut penjarakan sosial (social distancing) yang bersesak kepada media.

4. JPKK mempersoalkan kepatuhan keselamatan tempat kerja terhadap wabak COVID-19 kilang Top Glove di Meru, Klang dan cubaan untuk membisukan pemberi maklumat kepada pihak awam dan pihak berkuasa dengan dua insiden di atas.

5. JPKK menyeru Top Glove Berhad untuk mematuhi undang-undang Malaysia dan melindungi pekerja-pekerja mereka kerana mereka merupakan penggerak syarikat yang menjadikan Top Glove satu syarikat yang terbesar di dunia dan mereka bukan aset yang boleh dilupuskan.

Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK)
D-3-33, Block D, 8 Avenue Business Centre, Jln Sungai Jernih 8/1, Petaling Jaya, 46050, Selangor

Related

𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝟑: 𝐊𝐄𝐙𝐀𝐋𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐑𝐀𝐊…

Sehingga kini, pekerja-pekerja kontrak masih ditipu oleh kontraktor. Dengari Saudari Sivaranjani daripada JPKK menerangkan isu-isu yang dialami oleh pekerja-pekerja kontrak. Sertai kami untuk menghapuskan sistem kontrak dengan menandatangani petisyen ini https://chng.it/ykq2b8WKKG Sertai kami untuk menghapuskan sistem kontrak. Daftar diri anda di: https://forms.gle/hLta5pBgpxPn77ZCA Tonton Video di:FacebookInstagramTwitterTiktok

𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝟐: 𝐊𝐄𝐙𝐀𝐋𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐑𝐀𝐊…

Sehingga kini, pekerja-pekerja kontrak masih ditipu oleh kontraktor. Dengari Saudari Sivaranjani daripada JPKK menerangkan isu-isu yang dialami oleh pekerja-pekerja kontrak. Sertai kami untuk menghapuskan sistem kontrak dengan menandatangani petisyen ini https://chng.it/ykq2b8WKKG Sertai kami untuk menghapuskan sistem kontrak. Daftar diri anda di: https://forms.gle/hLta5pBgpxPn77ZCA Tonton Video di:FacebookInstagramTwitterTiktok

× Ada aduan? Hubungi SiAP!