Tengahari tadi, JPKK Telah Berbincang dengan YB Fahmi Fadzil

Tengahari tadi, JPKK telah berbincang dengan YB Fahmi Fadzil, Ahli Parlimen Lembah Pantai, mengenai penindasan yang dilakukan keatas frontliner melalui sistem kontrak di seluruh bangunan kerajaan, termasuk hospital.

JPKK berharap YB Fahmi Fadzil dapat memanfaatkan kedudukan beliau sebagai Ahli Parlimen untuk mengetengahkan isu ini ke Dewan Rakyat & Negara, selain membangkitkan isu ini dikalangan sekutu politik terdekat supaya diskusi mengenai isu yang dihadapi frontliner terabai (Cleaner, Pengawal, Tukang Kebun) dapat diperluaskan.

Sokong kempen pembelaan frontliner & penghapusan sistem kontrak dengan menandatangani petisyen di LINK INI https://www.change.org/p/menuntut-kerja-tetap-bagi-pekerja-kontrak-kerajaan-kitajugafrontliner

Untuk pekerja yang mengalami masalah di tempat kerja, sila hubungi Sistem Aduan Pekerja di talian 011-10767989

Related

𝐁𝐄𝐑𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐀𝐏𝐀𝐓 𝐓𝐔𝐍𝐓𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐑𝐌 𝟔𝟓𝟐𝟐𝟏.𝟑𝟑

Pegawai Tenaga Kerja Kanan Sungai Petani dalam Kes Saman Ketua Pengarah Tenaga Kerja telah memerintahkan majikan syarikat sekuriti untuk membayar kepada 6 bekas pengawal keselamatan sebanyak RM65,221.33 bagi tuntutan baki gaji minima, gaji kerja cuti am, gaji OT hari biasa & cuti am, gaji cuti tahunan dan elaun kerajinan. Di peringkat Mahkamah Buruh, kes telah […]

Lawatan JPKK di DUN Sungai Tua

Lawatan JPKK di DUN Sungai TuaPSM Sungai Tua bersama Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) telah mengadakan lawatan ke 5 sekolah kerajaan di sekitar DUN Sungai Tua.Sekolah-sekolah tersebut adalah SJK (T) Batu Caves, SJK (C) Kheow Bin, SK Taman Selayang 2, SMK Taman Selayang dan SMK Seri Selayang.Hasil lawatan ini kami dapat merekrut 7 pekerja kontrak […]

× Ada aduan? Hubungi SiAP!