Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Fahmi Fadzil tel

Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Fahmi Fadzil telah menyatakan sokongan terhadap penyerapan ‘cleaner frontliner’ sebagai pekerja tetap kerajaan, setelah dikemukakan bukti mengenai bagaimana sistem kontrak telah digunapakai untuk menindas & mengabaikan hak asasi pekerja sejak perlaksanaan nya pada 1997, selain menjadi periuk nasi kroni untuk kepentingan politik.

“Kita kalau boleh nak serapkan semula semua pekerja-pekerja kontrak ini sebagai pekerja kerajaan, kalau boleh kita nak kurangkan atau hapuskan orang tengah, untuk mengurangkan beban kos, ataupun memberikan lebih banyak kepada warga pekerja ….Saya harap rakyat Malaysia dapat bersama-sama dalam usaha ini, kerana dalam musim COVID yang melanda, petugas-petugas pembersihan ini juga memainkan peranan yang sangat penting, dalam memastikan keadaan di hospital sentiasa bersih & terpelihara” – ujar Fahmi.

Ayuh jadi rakyat Malaysia yang prihatin! tandatangan petisyen kempen di LINK INI https://jpkk.carrd.co/#petisyen . Untuk maklumat lanjut mengenai isu ini, sila layari laman web sementara kami di https://jpkk.carrd.co/

Related

𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐓𝐈𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀

Ribuan pekerja kontrak berkhidmat setiap hari di sekolah, hospital dan di bangunan kerajaan yang lain. Tapi masih tanpa jaminan kerja tetap, tanpa kenaikan gaji dan perlindungan yang mencukupi! Pada May Day yang akan datang ini, kami tuntut jaminan kerja, gaji adil, perlindungan sosial untuk semua! Sertai perarakan Hari Pekerja yang akan datang pada 1 Mei […]

× Ada aduan? Hubungi SiAP!