JPKK Bermesyuarat Bersama YB Dr Maszlee untuk Meminta Beliau Membangkitkan Isu Sistem Kontrak

Semalam, JPKK bermesyuarat bersama YB Dr Maszlee Malik , ahli parlimen Simpang Renggam & bekas Menteri Pendidikan, dengan tujuan meminta beliau membangkitkan isu sistem kontrak yang menindas frontliner, untuk perhatian ahli parlimen yang lain. Beliau juga telah menyerahkan memorandum JPKK kepada Menteri Pendidikan, YB Senator Md Radzi Jidin.

Semasa memegang portfolio, YB Maszlee telah bekerja-sama dengan JPKK dengan menyenarai-hitamkan kontraktor yang bermasalah daripada menerima kontrak, selain merintiskan projek untuk penyerapan cleaner, pengawal & tukang kebun sebagai pekerja tetap kerajaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen, sila layari laman web sementara kami di https://jpkk.carrd.co/ , dan tandatangan petisyen online kempen di https://jpkk.carrd.co/#petisyen

Related

Perjumpaan JPKK bersama Pekerja Kontrak di sekitar Dengkil

DENGKIL | 16 FEB 2026 Bersama kita bersatu menuntut hak kita yang dihapuskan oleh sistem kontrak. Berminat dengan perjuangan JPKK? Sertai kami sekarang! Mesej kami di instagram untuk matlumat lanjut. Hubungi kami di talian SIAP (011 -1076 7989) untuk sebarang aduan atau masalah di tempat kerja anda atau sebarang matlumat tentang JPKK.

Perjuangan JPKK untuk berjuang demi hak pekerja diteruskan.

10 FEB 2026 | K. Terengganu JPKK turun dari sekolah ke sekolah di Sekitar K. Terengganu untuk berjumpa pekerja pekerja Kontrak untuk membantu mereka berjuang demi hak mereka. JPKK turut sedia membantu dari segi kesedaran tentang hak hak pekerja, menubuhkan kesatuan buat pekerja dan memberi ruang kepada pekerja untuk berjuang menentang sistem kontrak yang menindas […]