Isu penting mesyuarat nasional JPKK – vaksin, potongan gaji dan salahlaku pihak sekolah
Hari ini Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) telah mengadakan mesyuarat Nasional. Pekerja dari Perlis, Kedah, Kelantan, Pahang, Selangor, Perak, Melaka, Negeri Sembulan, Johor dan Wilayah Persekutuan menghadiri mesyuarat ini, Antara isu utama yang dibawa dalam perbincangan adalah 1. Mengapa Vaksin masih belum diberikan kepada Pengawal Keselamatan di sekolah yang merupakan kumpulan yang paling terdedah dengan orang luar 2. Isu pemotongan gaji oleh Kontrakter yang meminta pekerja bercuti dan kemudian potong gaji 3. Tingkahlaku pembuangan pekerja yang tidak sah yang dilakukan oleh pihak sekolah atas dasar pilih kasihan dan ego tanpa melalui lunas perundangan yang sah. JPKK Nasional bersetuju bersama JPKK Negeri untuk mengendalikan semua isu ini. Salam Perjuangan