Siri Podcast Solidariti Selamanya EP1: Sistem Kontrak Memudaratkan Semua!

Siri Podcast Solidariti Selamanya EP1: Sistem Kontrak Memudaratkan Semua!

Ini merupakan episod podcast pertama kami dalam siri 3 episod yang membincangkan tentang
kesan penswastaan khidmat sokongan pembersihan & keselamatan bangunan kerajaan, dan bagaimana sistem ini telah digunakan untuk kepentingan peribadi sambil menindas pekerja yang tertakluk dibawah sistem ini.

Episod sulung ini lebih bertumpu kepada kesan sistem pengupahan kontrak untuk tukang cuci & pengawal keselamatan sekolah & hospital yang memudaratkan semua pihak yang terlibat, termasuk institusi kerajaan & rakyat jelata.

Panelis terdiri daripada:
Sharan Raj, Penyelidik Hasil Kajian JPKK 2020
Pn Normah, Pekerja Kebersihan Sekolah di Lembah Klang
Pn Jamilah, Pekerja Kawalan Keselamatan Sekolah di Melaka
Danial Hakeem, Kordinator JPKK

Diulas oleh moderator, encik Dobby Chew.

#HapusSistemKontrak

Link ke episod penuh: https://spoti.fi/3kjUCbi

Atau dengar di sini:

Website: jpkk.org

Laporan Kajian: jpkk.org/penyelidikan

Related

Peringatan tentang JPKK!

Ianya penting untuk anda memahami matlamat kami. Sertai kami untuk menghapuskan sistem kontrak. Daftar diri anda di: https://forms.gle/hLta5pBgpxPn77ZCA https://www.facebook.com/reel/1773921923051746

Diskusi Meja Bulat: Dilema Gaji Progresif?

Sekilas tentang diskusi meja bulat yang bertema 𝐃𝐢𝐥𝐞𝐦𝐚 𝐆𝐚𝐣𝐢 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐞𝐬𝐢𝐟 yang dianjurkan oleh 𝐉𝐏𝐊𝐊 bersama dengan Asia Europe Institute (𝐀𝐈𝐄), Universiti Malaya pada 𝟑𝟏 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 dan telah dihadiri oleh pelbagai pihak iaitu wakil Kementerian Ekonomi, International Labour Organization (ILO), Uni Malaysia Labor Centre (Uni-MLC), Labor Law Reform Coalition (LLRC), Malaysia Employer Federation (MEF) dan pakar-pakar […]

× Ada aduan? Hubungi SiAP!