Jamin perlindungan sosial, hapus sistem kontrak untuk pekerja kontrak sokongan bangunan kerajaan

SELAMAT HARI PEKERJA: JAMIN PERLINDUNGAN SOSIAL, HAPUS SISTEM KONTRAK

UNTUK PEKERJA KONTRAK SOKONGAN BANGUNAN KERAJAAN

1. Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) mengucapkan selamat hari buruh sedunia kepada semua

pekerja diseluruh Malaysia. Setelah dua tahun mengharungi pandemik Covid-19, kelas pekerja

Malaysia masih merangkak dalam kesusahan. Walaupun ada langkah dari pihak kerajaan untuk

menangani keadaan ini dari menjadi lebih teruk, namun masih tiada satu mekanisme yang dapat

memberikan perlindungan yang efektif dan menyeluruh bagi warga pekerja seluruh Malaysia.

2. Masalah yang dihadapi pekerja sokongan kontrak di premis-premis kerajaan merupakan satu hal utama

yang diperjuangkan oleh pihak JPKK. Mereka adalah pekerja-pekerja pembersihan dan pengawal

keselamatan yang berkhidmat sepenuh masa, tenaga, dan kudrat mereka sama ada di sekolah, hospital,

mahkamah, dan lain-lain premis kerajaan.

3. Tema sambutan hari pekerja untuk tahun ini adalah, “Jamin Perlindungan Sosial Pekerja”. Tuntutan

jaminan sosial pekerja menjadi perkara dan isu yang sangat mustahak kerana ia melindungi beratus

ribu pekerja yang berkhidmat dalam sektor perkhidmatan secara kontrak di premis-premis kerajaan

khususnya.

4. Perkhidmataan pekerja kontrak di premis kerajaan adalah sangat penting dalam tenaga kerja di

Malaysia. Mereka sudah dianggap sebagai pekerja di barisan hadapan bangunan kerajaan. Malangnya

mereka tidak dijamin perlindungan sosial yang menyeluruh seperti perlindungan KWSP, SIP, dan

PERKESO. Faedah pekerjaan seperti cuti tahunan bergaji, cuti sakit bergaji, mahupun gaji bulanan

yang tetap juga tidak terjamin.

5. Kami menyambut baik tindakan kerajaan untuk mewartakan kenaikan kadar gaji minima baharu

kepada RM1500. Ini adalah peningkatan yang drastik jika dibandingkan dengan peningkatan sebelum

ini. Namun, kami harus meningatkan bahawa ramai ahli JPKK masih bergelut dengan gaji pokok yang

tidak dibayar mengikut ketetapan. Dalam tahun ini sahaja, kami mengendalikan aduan pekerja tidak

bergaji berbulan lamanya, termasuk kumpulan pekerja keselamatan & pembersihan sekolah daripada

Sabak Bernam, Tanjung Karang, dan Port Dickson.

6. Sistem pengiraan gaji yang diamalkan oleh para majikan telah memangsakan

pekerja-pekerja ini. JPKK telah menerima banyak aduan dari pekerja

pembersihan, dan pengawal keselamatan. Rata-rata pekerja pembersihan

sekolah luar bandar mengadu bahawa gaji pokok yang diterima masih ditahap

RM1100.

7. Untuk pekerja keselamatan sekolah, ramai diantara mereka bekerja 7 hari seminggu dan 30 hari

sebulan tanpa cuti. Banyak salahlaku yang terjadi dari pihak majikan tetapi tiada tindakan terhadap

majikan & pemantauan yang efektif menyebabkan masalah terus berleluasa. Sebagai contoh,

penolakan gaji untuk uniform kerja oleh pihak syarikat, dan gaji pekerja dipotong tanpa sebab yang

munasabah.

Hari buruh merupakan sebuah hari perlawanan bagi kita semua atas ketidakadilan dan penindasan ditempat

kerja. Ungkapan “KITA SEMUA ADALAH BURUH” dan “BURUH BERSATU TIDAK BISA

DIKALAHKAN” perlu disematkan dalam fikiran kelas pekerja supaya mereka bersatu hati untuk tidak mudah

dibuli.

Sekian.

Yang Benar,

(SITI ANIS ZAKIAH BT MUHAMMAD NOR)

Pembantu Tadbir

Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan

Related

𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝟑: 𝐊𝐄𝐙𝐀𝐋𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐑𝐀𝐊…

Sehingga kini, pekerja-pekerja kontrak masih ditipu oleh kontraktor. Dengari Saudari Sivaranjani daripada JPKK menerangkan isu-isu yang dialami oleh pekerja-pekerja kontrak. Sertai kami untuk menghapuskan sistem kontrak dengan menandatangani petisyen ini https://chng.it/ykq2b8WKKG Sertai kami untuk menghapuskan sistem kontrak. Daftar diri anda di: https://forms.gle/hLta5pBgpxPn77ZCA Tonton Video di:FacebookInstagramTwitterTiktok

𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝟐: 𝐊𝐄𝐙𝐀𝐋𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐑𝐀𝐊…

Sehingga kini, pekerja-pekerja kontrak masih ditipu oleh kontraktor. Dengari Saudari Sivaranjani daripada JPKK menerangkan isu-isu yang dialami oleh pekerja-pekerja kontrak. Sertai kami untuk menghapuskan sistem kontrak dengan menandatangani petisyen ini https://chng.it/ykq2b8WKKG Sertai kami untuk menghapuskan sistem kontrak. Daftar diri anda di: https://forms.gle/hLta5pBgpxPn77ZCA Tonton Video di:FacebookInstagramTwitterTiktok

× Ada aduan? Hubungi SiAP!