Memorandum kepada Menteri Kesihatan
Kepada,
Ketua Pengarang,
Akhbar , TV & Radio
Media Massa Online
MEMORANDUM KEPADA MENTERI KESIHATAN – SEORANG PEKERJA WANITA DI HOSPITAL SEREMBAN CUBA BUNUH DIRI
DERAAN DAN TEKANAN KONTRAKTOR KKM
Seorang Pekerja Pengawal keselamatan wanita di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban cuba membunuh diri ekoran tekanan yang diberikan oleh Majikan hanya kerana beliau dan rakan pekerja lain membuat aduan kepada Pengarah Hospital dan kepada Jabatan Tenaga kerja(JTK).
Pihak Jaringan Pekerja Kontrak kerajaan (JPKK) menerima aduan ini dari pekerja tersebut dan suami beliau, dan setelah meneliti kesahihan aduan tersebut, kami merasakan bahawa isu ini adalah terlalu serius dan memerlukan campurtangan Menteri. Ini adalah kerana pekerja yang membuat aduan kepada Pengarah Hospital dan JTK dibalas dendam dan dibuli kerana Kontraktor KKM mengatakan mempunyai hubungan politik yang kuat.
Satu memo akan diserahkan kepada Menteri Kesihatan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membongkarkan masalah Kontraktor lantikan KKM yang menggunakan ugutan dan penyeksaan mental serta emosi sehingga pekerja diheret untuk bunuh diri.
Berikut adalah maklumat penyerahan memo:
Tarikh : 29 Jun 2022 (Rabu)
Tempat : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM0, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62 590 Putrajaya
Masa : 10.30 pagi
Kami amat berharap pihak Media akan hadir untuk membuat liputan isu yang amat serius ini. Bagi maklumat lanjut, sila hubungi saudari Sivaranjani di talian – 010-2402159.
Sekian terima kasih.
M. Sivaranjani
Setiausaha Nasional
Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK)