Saudari Christine Gabriel berucap tentang isu pekerja kontrak dalam Konvensyen Suara Anak Muda

Saudari Christine Gabriel telah berucap dalam Konvensyen Suara Anak Muda anjuran Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Dalam konvensyen ini, saudari telah menyampaikan 5 cadangan penyelesaian kepada isu pekerja kontrak:

1. Serap pekerja kontrak sebagai pekerja tetap.

2. Pelaksanaan dasar pemilihan dan pengambilan kontraktor perkhidmatan kawalan keselamatan dan pembersihan yang ketat.

3. Senaraihitamkan syarikat kontraktor yang gagal mematuhi undang-undang pekerjaan.

4. Wujudkan satu mekanisma aduan untuk pekerja kontrak membuat aduan di premis hospital dan sekolah atau di Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan.

5. Memberikan komitmen untuk menyerap pekerja kontrak yang terjejas kerana penswastaan perkhidmatan sokongan.

#jaringanpekerjakontrakkerajaan
#JaminanKerjaHakSemua
#PengawalKeselamatan
#pembersih
#PEKERJAKONTRAK
#kementeriankesihatanmalaysia
#kementerianpendidikanmalaysia

Related

𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐓𝐈𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀

Ribuan pekerja kontrak berkhidmat setiap hari di sekolah, hospital dan di bangunan kerajaan yang lain. Tapi masih tanpa jaminan kerja tetap, tanpa kenaikan gaji dan perlindungan yang mencukupi! Pada May Day yang akan datang ini, kami tuntut jaminan kerja, gaji adil, perlindungan sosial untuk semua! Sertai perarakan Hari Pekerja yang akan datang pada 1 Mei […]

× Ada aduan? Hubungi SiAP!