JPKK hari ini pantau keadaan sekolah-sekolah sekitar pejabat kami di Petaling Jaya

JPKK hari ini pantau keadaan sekolah-sekolah sekitar pejabat kami di Petaling Jaya.

Rupanya ramai pekerja mengalami masalah penindasan majikan. Ada pengawal keselamatan yang dipotong gaji tanpa sebab, ada kerja tanpa cuti sebulan tapi menerima gaji untuk 26 hari. 4 hari lagi ditelan orang tengah. Ada juga yang OT 4 jam sehari, tapi dikira 3 jam sahaja dalam slip gaji.

Pekerja kebersihan juga tidak terkecuali dari penindasan. Ada yang kami jumpa, dipaksa kongsi gaji dengan rakan sekerja walaupun kerja penuh. Kerja tanpa cuti itu perkara biasa, malah jika cuti dengan pengganti pun dipaksa membayar pengganti dari poket sendiri.

JPKK berharap pekerja akan bersama berani dengan JPKK menggunakan segala saluran untuk melawan, tuntut semula hak yang dicuri. Jika anda memerlukan bantuan & nasihat, hubungi Sistem Aduan Pekerja (SiAP) 011-1076 7989. Kami sedia membantu.

Related

Perjumpaan JPKK bersama Pekerja Kontrak di sekitar Dengkil

DENGKIL | 16 FEB 2026 Bersama kita bersatu menuntut hak kita yang dihapuskan oleh sistem kontrak. Berminat dengan perjuangan JPKK? Sertai kami sekarang! Mesej kami di instagram untuk matlumat lanjut. Hubungi kami di talian SIAP (011 -1076 7989) untuk sebarang aduan atau masalah di tempat kerja anda atau sebarang matlumat tentang JPKK.

Perjuangan JPKK untuk berjuang demi hak pekerja diteruskan.

10 FEB 2026 | K. Terengganu JPKK turun dari sekolah ke sekolah di Sekitar K. Terengganu untuk berjumpa pekerja pekerja Kontrak untuk membantu mereka berjuang demi hak mereka. JPKK turut sedia membantu dari segi kesedaran tentang hak hak pekerja, menubuhkan kesatuan buat pekerja dan memberi ruang kepada pekerja untuk berjuang menentang sistem kontrak yang menindas […]