Pesanan Hari Buruh 2022 dari JPKK

Tahun ini, hari buruh didampingi berita baik kenaikan gaji minima kepada RM1500. Ini adalah kemenangan bermakna untuk kaum pekerja terutama yang bersatu berjuang demi hak kenaikan gaji kearah gaji yang lebih bermaruah.

Kami dari JPKK mahu mengingatkan kawan-kawan seperjuangan untuk pastikan majikan mematuhi kadar baru gaji minima. Hanya pekerja domestik dan syarikat yang dibawah 4 pekerja sahaja dikecualikan.

Jika majikan berdegil, sila hubungi Sistem Aduan Pekerja (SiAP) 011-10767989 untuk bantuan khidmat nasihat. Anda juga boleh membuat aduan ke Jabatan Tenaga Kerja.

https://youtu.be/eOr2tYUPNBg

Related

𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐓𝐈𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀

Ribuan pekerja kontrak berkhidmat setiap hari di sekolah, hospital dan di bangunan kerajaan yang lain. Tapi masih tanpa jaminan kerja tetap, tanpa kenaikan gaji dan perlindungan yang mencukupi! Pada May Day yang akan datang ini, kami tuntut jaminan kerja, gaji adil, perlindungan sosial untuk semua! Sertai perarakan Hari Pekerja yang akan datang pada 1 Mei […]

× Ada aduan? Hubungi SiAP!