Aktiviti Terkini

Kes 53 cleaner sekolah sabak bernam, 4 bulan tak bergaji

*KES 53 CLEANER SEKOLAH SABAK BERNAM, 4 BULAN TAK BERGAJI* *Perkembangan Terkini – Pekerja Sabak Bernam berkampung di Pejabat PM, Putrajaya* Pada 29hb. March 2022, pekerja Pembersihan Sabak Bernam telah mengadakan protes occupy di Putrajaya dan Occupy(perkampungan) itu dihentikan ekoran mendapat syor dari Kementerian Pelajaran Malaysia bahawa wang tertunggak akan dibayar selewatnya pada hari Jumaat […]

Surat daripada Menteri Pendidikan tentang syarikat yang disenaraihitam

Menteri Pendidikan : “Sebanyak 95 syarikat kebersihan ditamatkan kontrak sejak 2018. Sebab perkhidmatan tidak memuaskan, langgar kontrak, muflis, dan bagi dokumen palsu. Semua 95 syarikat telah dilaporkan ke Kementerian Kewangan untuk senarai-hitam & tindakan tatatertib.” Tetapi pekerja tahu ramai pemilik syarikat disenaraihitam buat syarikat baru dan mohon tender. Sepatutnya IC mereka yang disenaraihitamkan

Sudut informasi SiAP hotline – (011-10767989)

SUDUT INFORMASI SIAP HOTLINE – (011-10767989) Pada bulan Januari 2022, SIAP JPKK telah menerima 13 aduan Pecahan ikut jenis aduan * Masalah Gaji – 12 aduan * Notis berhenti kerja – 1 aduan Pecahan ikut negeri‌ Johor – 5 aduan Selangor – 5 aduan Perak – 2 aduan Melaka – 1 aduan Pecahan ikut pekerjaan […]

Pengawal Keselamatan Sekolah 3 Bulan Tak Bergaji Serbu Pejabat Majikan -Wira Corps

Pengawal Keselamatan Sekolah 3 Bulan Tak Bergaji Serbu Pejabat Majikan -Wira Corps Pagi tadi rombongan pengawal keselamatan sekolah dari Port Dickson ke pejabat majikan mereka di Selayang demi menuntut gaji 3 bulan tertunggak. Syarikat Wira Corps, yang menaungi 39 pekerja keselamatan sekolah di Port Dickson, berulang kali gagal membayar gaji pekerja sejak tahun lepas lagi. […]

Pembuangan Kerja Terancang – ‘Constructive Dismissal’

LATIHAN UNDANG-UNDANG PEKERJAAN Tajuk: Pembuangan Kerja Terancang – ‘Constructive Dismissal’Bagaimana mahu lawan? Online (Percuma) Tarikh: Ahad, 10 April 2022 Masa: 4 Petang Penyampai: Sdr V Selvam, Pegawai Perhubungan Industri, Kesatuan Pekerja Swasta Hospital Kerajaan Hubungi 010-2402159 (Jani)/ 011-10907989 (Danial) untuk mendaftar

Perjumpaan Biro Pekerja PSM bersama JPKK dengan Puan Suraiya dari Jabatan Tenaga Kerja.

Hari ini – Perjumpaan Biro Pekerja Parti Sosialis Malaysia bersama Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan – JPKK dengan Pn Suraiya, Timbalan Pengarah Standard Pemburuhan Jabatan Tenaga Kerja. Kita membangkitkan masalah penguatkuasaan di akar umbi. Kita beritahu banyak Syarikat tidak mematuhi undang2 dalam memberi kontrak kerja, slip gaji dll, JTK minta kita hantar nama2 Syarikat kepada JTK […]