Dari Penang Ke Putrajaya : Pekerja Pembersih Hospital Kerajaan Bermotor Menuntut Hak
Kempen motor pekerja pembersihan Hospital akan mula pada 5hb Februari 2022
Kempen motor pekerja pembersihan Hospital akan mula pada 5hb Februari 2022
Lawatan JPKK ke JOHOR untuk berjumpa dengan Pekerja Mesyuarat untuk bincang isu pekerja kontrak seperti pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan di sekolah, Hospital, pejabat daerah, Mahkamah dan lain-lain premis Kerajaan. Tarikh: 21/1/2022 (Jumaat)Masa: 10 pagiTempat: Global Mythic Resources, 5-01, Jalan Bestari Inah 63/2. Taman Bestari Indah 1, Ulu Tiram Tarikh: 21/1/22 (Jumaat)Masa: 4 petangTempat: Berhadapan […]
Semua Naik, bila gaji minima Naik?
JPKK menerima aduan ramai pekerja kawalan keselamatan sekolah menerima gaji mati / ‘lumpsum’ sejak kontraktor baru masuk. Jika anda hadapi masalah sama, sila hubungi Sistem Aduan Pekerja (SiAP) di 011-10767989. Kami menyediakan khidmat guaman & nasihat kepada pekerja yang hadapi masalah.Masalah lain seperti penipuan OT, masalah caruman EPF/SOCSO/SIP, potongan gaji, cuti juga boleh diselesaikan bersama. […]
Selamat Tahun Baru 2022 daripada semua ahli JPKK dan harap tahun yang baru akan lebih memajukan perjuangan kita untuk hapuskan sistem kontrak di premis Kerajaan.
MESYUARAT JPKK PUSAT DENGAN AJK JPKK NEGERI-NEGERI UTARA Pada sabtu & ahad lepas, JPKK Pusat bersama dengan JPKK Kedah, Perak & Perlis telah bermesyuarat bincang gerak kerja perjuangan kita untuk tuntut sistem kerja tetap. Walaupun menghadapi hujan lebat & risiko banjir, kami ingin ucapkan terimakasih kepada semua, termasuk Jawatankuasa Negeri Kedah, Perak & Perlis kerana […]
PANGGILAN LATIHAN INDUSTRI: Menyelami perjuangan pekerja kebersihan & keselamatan untuk tuntut hak kerja tetap & gaji mampu hidup! Lanjutkan ‘resume’ anda ke alamat e-mel : jpkk2019@gmail.com Hubungi Danial (011-10907989) untuk pertanyaan lanjut
Mesyuarat JPKK di Perlis pada 19/12/2021 (Ahad), pukul 2pm di alamat Dewan Masjid Al-Mustaqim Kampung Seriab, Perlis (sebelah IPD Kangar). Dijemput semua pekerja kontrak seperti pembersih dan pengawal keselamatan sekolah, Hospital dan semua bangunan Kerajaan. Kita akan bincangkan masalah pekerja kontrak, tindakan lanjut dan penubuhan Kesatuan untuk pekerja2 kontrak ini. Harap semua hadir. Untuk confirm […]
Kesatuan Pekerja-pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan Di Hospital-Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia mendapat kelulusan bergabung bersama Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI MLC) mulai hari ini secara sah.
Hari ini satu perjumpaan mesra telah diadakan oleh JPKK & Kesatuan PSHK yang berjumpa dengan Dato Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) untuk membincangkan kerjasama bersama dan bagaimana memperkasakan hak dan perjuangan pekerja. Dato Mohd Shafie telah memberikan sokongan yang amat memberangsangkan kerana beliau memang tahu masalah yang dihadapi […]