Aktiviti Terkini

Dua Pekerja Dihentikan Kerja dengan Alasan yang Tidak Munasabah

En Roman dan Isterinya Pn Maheswary berkerja di sebuah Syarikat Ladang, Nam Bee Comany dan anak syarikatnya The Muar Rice and Transport Company Gemenceh Negeri Sembilan. Kedua dua mereka telah dihentikan perkhidmatan atas dua pertuduhan iaitu memukul warga Nepal serta tidak menandatangani surat notis pemberhentian kerja oleh kedua-dua Suami Isteri. Mereka berdua berkerja diladang di […]

Pengawal Keselamatan Menang Kes Tuntut Gaji Minimum yang Tidak Dibayar

Jabatan Tenaga Kerja Butterworth telah memutuskan dan mengeluarkan perintah pada hari ini kepada sebuah syarikat kawalan keselamatan supaya membayar seorang bekas pekerjanya semua tunggakan gajinya yang tidak dibayar mengikut kadar gaji minimum. Pihak pekerja dalam kes ini diwakili secara pro bono oleh peguam Arafas Abdul Razak daripada PSM Pulau Pinang. Baca selanjutnya di Sosialis.net: https://sosialis.net/2019/01/24/pengawal-keselamatan-menang-kes-tuntut-gaji-minimum-yang-tidak-dibayar/

Borang Ahli Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK)

Kita ingin membina jaringan yang lebih luas dan kuat. Sila isikan borang di bawah jika anda seorang pekerja kontrak kerajaan dan kita akan menghubungi anda. Jikalau anda mengetahui sesiapa yang akan berminat, sila kongsikan. Borang Ahli Jaringan Perkerja Kontrak Kerajaan (JPKK)https://goo.gl/forms/YSzfmXvjje1RDtQ83

Jangan Tipu EPF Pemandu Lori!

Esok di Mahkamah Rayuan Putrajaya. Majikan-majikan ini ada banyak duit untuk belanja di Mahkamah dan bukan selesai EPF pekerja. Pekerja dah memang di Mahkamah Tinggi. EPF pun dah kata pekerja ini perlu dibayar, tapi masih degil majikan ini.