Perjumpaan dengan Pekerja Kontrak Kerajaan di Taman Permata, Dengkil
Perjumpaan dengan Pekerja kontrak Kerajaan di Taman Permata, Dengkil. Menjelaskan tentang kempen mamsuhkan sistem kontrak di premis kerajaan.
Perjumpaan dengan Pekerja kontrak Kerajaan di Taman Permata, Dengkil. Menjelaskan tentang kempen mamsuhkan sistem kontrak di premis kerajaan.
Jika anda sebagai pekerja kontrak kerajaan mengalami masalah di tempat kerja, dan ingin mengambil tindakan keatas majikan/kontraktor anda, isikan borang ini dan hantar kepada sekatariat JPKK. Terima kasih
Hari ini turun jumpa pekerja-pekerja kontrak kerajaan di Seremban. Mendengar pelbagai keluhan masalah tempat kerja dan mereka sangat setuju kembalikan sistem kerajaan jadi bos mereka seperti tahun sebelum 1980an. Sistem kontrak ini banyak menekan hidup mereka. #selamattahunbarucina #tolaksistemkontrak #jaminankerjauntukpekerja
Pekerja-pekerja kontrak kerajaan – pembersih hospital di sekitar Perak membincangkan bagaimana boleh kuatkan kesatuan mereka untuk memperjuangkan hak pekerja.
Jika gaji pokok di bawah gaji minima, hubungi kami untuk mengambil tindakan keatas majikan anda!
JPKK turun di Kementerian Pendidikan hari ini.
Kenapa pengawal keselamatan yang menghadapi masalah ketidakjaminan kerja tidak boleh berhimpun untuk menyuarakan tuntutan mereka supaya hak asasi mereka dilindungi? Adakah berhimpun secara aman untuk menyuarakan tuntutan kepada pihak berkuasa itu sesuatu yang menyalahi undang-undang? Bukankah Perkara 10 dalam Perlembagaan Persekutuan telah jelas termaktub bahawa “semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata”? […]
Ramai pekerja pembersihan hilang kerja, sementara pengawal keselamatan mendapat gaji kurang akibat daripada pengurangan peruntukan Kementerian Pendidikan baru-baru ini. Pekerja kontrak menuntut jaminan kerja. Baca selanjutnya di Sosialis.net: https://sosialis.net/2019/01/31/pekerja-kontrak-di-sekolah-kerajaan-tiada-jaminan-kerja-menteri-pendidikan-perlu-perbetulkan-keadaan/
Baru-baru ini banyak pekerja pembersih sekolah telah dibuang kerja apabila kontraktor baru ambilalih. Pekerja-pekerja ini tidak diberi sebarang pampasan kerana mereka pekerja kontrak dan tidak mempunyai jaminan kerja. Pekerja-pekerja kontrak di sekolah akan turun 31 Januari ke Kementerian Pendidikan untuk berjumpa dengan Menteri untuk bincang isu jaminan kerja bagi pekerja-pekerja kontrak di sekolah.