Jangan zalimi pekerja! Perbincangan tentang masalah sistem kontrak dengan organisasi lain

Semalam, JPKK bermesyuarat bersama rakan-rakan seperjuangan dari kesatuan buruh, NGO, dan masyarakat sivil yang bertujuan membincangkan mengenai hasil kajian terbaru kami mengenai masalah sistem kontrak di bangunan kerajaan. Mesyuarat juga menghala kearah bagaimana kita boleh bersama-sama membawa perubahan untuk pekerja kontrak kebersihan & keselamatan di bangunan kerajaan seperti sekolah & hospital, yang selama ini ditindas […]

Mesyuarat dengan CUEPACS tentang isu pekerja kebersihan dan keselamatan

JPKK dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam CUEPACS baru habis bermesyuarat membincangkan gerak kerja bersama dalam usaha kami membangkitkan isu pekerja kebersihan & keselamatan premis kerajaan. CUEPACS amat prihatin dan jelas dengan isu pekerja kebersihan & keselamatan bangunan kerajaan, yang berhadapan dengan penindasan dari pihak kontraktor dan kerajaan yang lepas tangan. Kerjasama dari […]

πŸ“’ *PERHATIAN AHLI JPKK* πŸ“’

πŸ“’ *PERHATIAN AHLI JPKK* πŸ“’ Kami sedang kumpul pendapat pekerja mengenai gaji minimum, untuk cadang kepada kerajaan supaya naik-kan gaji minimum. *MINTA TOLONG BAGI PENDAPAT ANDA TENTANG GAJI MINIMA DENGAN JAWAB SOAL SELIDIK DI LINK INI* : https://docs.google.com/…/1FeJ-X_uXEkLkT6F6vVDMHLV9Uq-AONt…/ πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘† Soal selidik ini disediakan oleh Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK), sebuah pertubuhan pekerja kebersihan & keselamatan […]

βš–οΈ SIRI LATIHAN UNDANG-UNDANG PEKERJAAN βš–οΈ

βš–οΈ SIRI LATIHAN UNDANG-UNDANG PEKERJAAN βš–οΈ(percuma & terbuka kepada semua) Banyak kekeliruan berterusan mengenai beza perkhidmatan untuk kontrak (contract for service) dengan perkhidmatan kontrak (contract of service). Walaupun perbezaan dari sudut kata itu jelas, tapi ada perbezaan besar dalam makna dan kesan terhadap pekerja. Oleh itu, JPKK & PSM menjemput semua untuk hadir ke sesi […]

#BebasSarah #FreeSarah

Aktivis buruh JPKK Nasional,Sarah Irdina, 20, telah ditahan dibawah Akta Hasutan 1948, kerana terlibat dengan hashtag #Lawan. Beliau ditahan di Balai Polis Jinjang & telefon bimbit beliau dirampas polis. Rumah beliau juga akan digeledah polis. JPKK membantah sekerasnya intimidasi pihak polis keatas aktivis muda yang cuma menuntut Malaysia yang lebih baik untuk semua. #BebasSarah #FreeSarah […]

Solidariti dengan doktor kontrak

Solidariti & Setiakawan bersama #HartalDoktorKontrak Hentikan penindasan frontliner di hospital kita! Cleaner hospital juga tiada jaminan kerja & gaji sangat sedikit, tetapi kerja macam hamba. #CleanerJugaFrontliner#HapusSistemKontrak

Gaji cleaner sekolah dipotong?

Salam perjuangan, Jumaat lepas, lepas cleaner sekolah & JPKK bantah keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) potong gaji, hari ahad KPM keluarkan kenyataan untuk bayar penuh kepada kontraktor mengikut kontrak asal, bukan ikut kehadiran pekerja. Tak ada alasan untuk pekerja dipotong gaji, tak kira sama ada 60% kehadiran atau 100% kehadiran. Gaji minimum mesti dibayar (RM1200). Minta […]