Mesyuarat dengan Pekerja Kontrak, Pengawal Keselamatan di Melaka
Mesyuarat dengan Pekerja kontrak, Pengawal Keselamatan di Melaka. Bincang isu terbaru dari KPM yang sedang bincang untuk menggajikan terus tanpa melibatkan orang ketiga, kontraktor.
Mesyuarat dengan Pekerja kontrak, Pengawal Keselamatan di Melaka. Bincang isu terbaru dari KPM yang sedang bincang untuk menggajikan terus tanpa melibatkan orang ketiga, kontraktor.
ALOR SETAR, 7 Ogos 2019: Hari ini runding damai untuk Kes pembuangan kerja untuk pekerja pembersihan SMK Sultan Badlishah Kulim, diadakan di Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) Kedah/Perlis. Pekerja menuntut pemulihan kerja mengikut Seksyen 20(1) Akta Perhubungan Perusahaan. Pihak majikan TA Sinar mengatakan tidak dapat memulihkan kerja kerana tidak dapat apa-apa tender pembersihan di sekolah. Selepas […]
Esok, 8 Ogos 2019, pukul 10 pagi, d Ibu Pejabat PERKESO wakil pekerja2 pembersihan yang diberhentikan tiba2 akan serah memo kepada PERKESO kerana SIP ditolak. Info lanjut 0102402159. Tk.
Setelah berlambak lambak aduan daripada Pekerja kontrak di sekolah, kini PPD buat kaji selidik di semua sekolah tentang kebajikan pekerja. Syabas kepada semua pekerja yang terus lawan penindasan. Harap langkah ini membantu untuk mengembalikan hak pekerja yang sedang hilang hari demi hari.
KENYATAAN AKHBAR PSM – 5 OGOS 2019 *PSM SOKONG LANGKAH KPM âPENGAMBILAN TERUS PENGAWAL KESELAMATAN TANPA MELALUI ORANG TENGAH* Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) melihat pengambilan terus pengawal keselamatan di sekolah kerajaan adalah langkah terbaik dalam jangkamasa panjang dari segi jaminan kerja, faedah pekerjaan, penjimatan kos dan mutu perkhidmatan. Kami […]
Pekerja2 yang sekitar Kajang dan Semenyih boleh menggunakan peluang ini untuk berkongsi masalah di tempat kerja anda dan mendapat solidariti untuk lawan penindasan.
Satu mesyuarat untuk isu pekerja kontrak akan diadakan bersama pihak KPM pada 18 Ogos, dan sekarang turun ke semua sekolah sedang jemput pekerja hadir. #hapuskansistemkontrak
Seorang pekerja kilang yang diberhentikan kerja atas manipulasi pihak majikan berjaya mendapat keadilan di Mahkamah Buruh Kuala Selangor apabila pihak majikan diarahkan untuk membayar kepadanya faedah pemberhentian kerja untuk tempoh perkhidmatan terkumpul selama 29 tahun. Baca selanjutnya di Sosialis.net: https://sosialis.net/2019/07/31/pekerja-diberhentikan-secara-manipulatif-menang-tuntutan-faedah-pemberhentian-kerja/
Pekerja2 cleaners di sekolah2 sekitar Selayang yang dihentikan kerja mahu menuntut hak mereka. #hapuskansistemkontrak