𝐃𝐞𝐭𝐢𝐤 𝐝𝐢 𝐌𝐚𝐡𝐤𝐚𝐦𝐚𝐡 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠
Tiga pekerja pembersihan berjuang menuntut keadilan atas pemberhentian tidak wajar.
Tiga pekerja pembersihan berjuang menuntut keadilan atas pemberhentian tidak wajar.
Tiga pekerja pembersihan sekolah dari Kedah yang telah dibuang kerja akibat sistem kontrak (fixed term) yang tamat pada 31 Disember 2021 telah memfailkan kes di Mahkamah Perusahaan Pulau Pinang, namun tuntutan mereka telah ditolak. Ketiga-tiga pekerja tersebut kini mencabar keputusan tersebut di Mahkamah Tinggi, dan perbicaraan dijadualkan pada 20 November 2025 di Mahkamah Tinggi Pulau […]
29 pekerja keselamatan di Hospital Slim River, Perak berjaya tuntutan tunggakan gaji minima dari Mei 2022 hingga Ogos 2023 berjumlah RM106,400. Satu perintah persetujuan telah ditandatangani pada 8 November antara wakil pekerja dan majikan di Mahkamah Buruh Tapah. Majikan bersetuju menjelaskan tunggakan tersebut secara ansuran dalam tempoh 6 bulan (Nov 2023-April 2024). Sertai kami untuk […]
Kes tuntutan 9 pekerja kuari dari Simpang Pulai yang dirujuk ke Mahkamah Buruh Ipoh telah mencapai satu penyelesaian apabila majikan menawarkan sejumlah wang pampasan kepada setiap pengadu mengikut tempoh perkhidmatan mereka. Perintah Persetujuan Bersama telah ditandatangani pada 20/9/2023 oleh kedua-dua pihak. Wakil JPKK Perak saudara R Saratbabu Raman telah memberi khidmat nasihat kepada 9 pekerja […]
JTK Temerloh mengarahkan pembayaran RM4740 kepada Pengawal Keselamatan Roscom. Beliau berjaya menuntut bayaran gaji minimum dan OT.
Kami JPKK mengucapkan thaniah kepada ahli kami yang berani memfailkan kes keatas majikan bagi kes pembuangan dan ahkirnya menang mendapat penyelesaian diterima kerja balik oleh majikan. Kes berjalan di Jabatan Perhubungan Perusahaan di Pahang.
Seorang pekerja cleaner di SMK Hamid Khan memfail kes tuntutan baki gaji yang tidak dibayar ikut kadar gaji minimum RM1500 selama 8 bulan terhadap bekas majikan
15 Mac 2023 Jam 9.30pg: En Maznan (wakil JPKK) dan Tuan Peguam Arafas (wakil PSM) kes bicara di Mahkamah Buruh Sg Petani bagi pekerja pengawal keselamatan yang ditipu dalam pengiraan gaji oleh majikan. Pekerja ini yg bekerja di dlm bangunan Hospital sg petani.
9 Disember 2020 – Alhamdulillah, satu lg berita baik drp JPKK di Melaka, kami 17 org telah menang kes tuntutan kerja lebih masa (OT) di Mahkamah JTK Melaka, jumlahnya RM35000. Hidup Perjuangan Pekerja.
Mahkamah Jabatan Tenaga Kerja hari memerintahkan syarikat HL HUB LI Eng Works untuk bayar RM 22,000 sebagai penyelesaian pampasan buang kerja kepada Sarkunum Veloo. Sarkunum seorang operator mesin, kehilangan 1/2 jari tengah tangan kanannya semasa membersihkan mesin kerja nya. Habuk besi menyebabkan luka seterusnya kehilangan 1/2 jari tengah. Selepas tamat MC beliau telah kembali ke […]