Keluhan Seorang Pekerja Kontrak Sekolah Setelah KPM Potong Bajet dan Kurangkan Pekerja
Keluhan seorang pekerja kontrak sekolah setelah KPM potong bajet dan kurangkan pekerja lebih 70% dari dulu.
Keluhan seorang pekerja kontrak sekolah setelah KPM potong bajet dan kurangkan pekerja lebih 70% dari dulu.
Perjumpaan dengan pekerja2 kontrak pengawal keselamatan di Banting hari ini yang mengadu masalah yang mereka hadapi…1. Gaji Minima tidak bayar2. Epf potong tapi tak carum3. Kerja 12 Jam tapi bayar untuk 10jam kerja sahaja.. Public holiday satu pay sahaja..Pekerja pergi JTK tiada penyelesaian, pergi kwsp, mereka kata datang ramai2 baru boleh ambil tindakan…Adui!Pekerja dah sangat […]
Wakil pengawal dari 4 buah sekolah bersama wakil dari Jabatan Tenaga Kerja hari ini hadir ke Mahkamah Sesyen Melaka untuk menyelesaikan kes yang lama tertangguh. Pekerja menang tuntutan JTK tetapi majikan masih belum bayar. Hari ini wakil syarikat sepatutnya hadir dan masih belum hadir. Sekiranya mereka gagal hadir ke mahkamah sesyen, wakil JTK akan mengeluarkan […]
🎉🎉🎉 *KEMENANGAN KESATUAN* 🎉🎉🎉 *23 Oktober 2019* adalah hari sejarah kepada Kesatuan Pekerja Swasta Sokongan Hospital Kerajaan. Satu *Perjanjian Kolektif* (CA) telah ditandatangani antara majikan NS MEDIK dan KESATUAN. Dalam 43 tuntutan Kesatuan telah berjaya dapat 37 tuntutan. Selepas 20 tahun Kesatuan ditubuhkan, ini adalah Perjanjian Kolektif *PERTAMA* untuk pekerja-pekerja sokongan swasta di Hospital Kerajaan. […]
Petang tadi ke 4 buah sekolah sekitar Bukit Sentosa & Bukit Beruntung edar dan serahkan Buletin JPKK serta sampaikan info kepada pegawal keselamatan yang bertugas: 1. SMK Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung. 2. SK Taman Bunga Raya 1, Bukit Beruntung. 3. SK Taman Bunga Raya 2, Bukit Beruntung. 4. SMK Bukit Sentosa.
Hari ini lawat 8 sekolah sekitar Klang, edarkan buletin Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan – JPKK. Banyak aduan dari pekerja cleaners – terlalu banyak kerja, kurang pekerja, tiada masa rehat, kerja berat dll. Sekolah murid lebih 2000, cleaners hanya 3 orang. Berikut adalah sekolah dan jumlah pekerja yang dikurangkan:1. SRJK Simpang Lima (from 13 cleaners reduced […]
Solidariti untuk penghantar-penghantar makanan foodpanda! Perkembangan bisnes berasaskan platform perkhidmatan atas talian seperti Foodpanda, adalah sebahagian daripada trend penyusunan semula ekonomi kapitalis untuk menjamin keuntungan pemodal dengan menghakis lebih lanjut lagi jaminan hidup bermaruah untuk pekerja. Baca selanjutnya di Sosialis.net: https://sosialis.net/2019/09/29/pekerja-foodpanda-mogok-untuk-jaminan-pendapatan/
JTK RAWANG, 4 September 2019: Hari ini runding damai untuk Kes pembuangan kerja untuk pekerja pembersihan Renganayaki dari SK Kalumpang telah diadakan di Jabatan Tenaga Kerja Rawang. Pekerja menuntut pemulihan kerja mengikut Seksyen 20(1) Akta Perhubungan Perusahaan. Pihak majikan Permai Unggul Enterprise mengatakan tidak dapat memulihkan kerja kerana tidak dapat apa-apa tender pembersihan di kawasan […]
Syarikat Rahman Hydraulic Tin Sdn. Bhd. tidak membayar gaji minima sejak bulan Januari 2019. Pekerja kawalan keselamatan, Sri Kavin Das telah memfailkan aduan di Jabatan Tenaga Kerja Gerik.Pada masa yang sama, Kavin juga telah memfailkan kes di Jabatan Perhubungan Perusahaan Ipoh untuk menuntut :a. Pemulihan kerja.b. Gaji tertunggak Tetapi rundingan damai pada 6.8.19 telah gagal […]
2 pekerja yang bekerja sebagai pemandu lori di Tesco Gopeng dibuang kerja tanpa alasan munasabah. Mereka berdua mula bekerja di Tesco pada tahun 2014 sehinggalah mereka dibuang kerja pada Julai 2019. Tuduhan yang dibuat terhadap pekerja adalah memandu secara cuai. Mereka disabitkan salah dalam siasatan dalaman ( DI ) yang dijalankan oleh Tesco dan dibuang […]