Mesyuarat JPKK di Kuala Lumpur

Mesyuarat Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan – JPKK semalam di KL. Wakil2 dari 5 negeri hadir bersama untuk membincangkan masalah yang dihadapi di tempat kerja dan merancang tindakan seterusnya dalam kempen mansuh Sistem Kontrak di premis kerajaan.

Peringatan: Mesyuarat JPKK

Peringatan: Esok(18/8) jangan lupa mesyuarat pekerja kontrak di KL pukul 10 pagi. Wakil Kementerian Pendidikan akan turut hadir untuk mendengar masalah kita. Harap semua pekerja hadir. Tk.

Mesyuarat Nasional dengan Pekerja-Pekerja

Kawan2, kita ada satu mesyuarat Nasional dengan pekerja2 pengawal keselamatan, pekerja pembersih, dan pekebun2 yang bekerja di semua premis kerajaan seperti sekolah, hospital, Pejabat Daerah, majlis Perbandaran, dan semua tempat kerajaan untuk bincang masalah yang dihadapi oleh pekerja dan bincang langkah penyelesaian. Pekerja yang akan hadir, sila daftar nama anda di 0102402159. Tk

Mesyuarat JPKK di Kedah – Semua Pekerja Dijemput Hadir

Mesyuarat JPKK di Kedah: pada hari *14hb Ogos 2019*, pukul *8pm* di dewan *Kampung Tanjung Belit*. Semua pekerja dijemput hadir untuk bincang masalah pekerja kontrak dan bincang hala tuju kita ✊🏽 Tanjung Belit Kampung Pantai Indau, 09400 Padang Serai, Kedah https://maps.app.goo.gl/gK9nHi3z3JfRhA9Q8

Rundingan Damai untuk Kes Pembuangan Kerja untuk Pekerja Pembersihan

ALOR SETAR, 7 Ogos 2019: Hari ini runding damai untuk Kes pembuangan kerja untuk pekerja pembersihan SMK Sultan Badlishah Kulim, diadakan di Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) Kedah/Perlis. Pekerja menuntut pemulihan kerja mengikut Seksyen 20(1) Akta Perhubungan Perusahaan. Pihak majikan TA Sinar mengatakan tidak dapat memulihkan kerja kerana tidak dapat apa-apa tender pembersihan di sekolah. Selepas […]

Memo kepada PERKESO

Esok, 8 Ogos 2019, pukul 10 pagi, d Ibu Pejabat PERKESO wakil pekerja2 pembersihan yang diberhentikan tiba2 akan serah memo kepada PERKESO kerana SIP ditolak. Info lanjut 0102402159. Tk.