Siri Perbincangan dengan Ahli-Ahli Parlimen Mengenai Penindasan Frontliner Terabai

Tengahari tadi dan semalam (Isnin), JPKK telah mengadakan siri perbincangan dengan beberapa ahli-ahli parlimen mengenai penindasan frontliner terabai (cleaner, pengawal keselamatan, tukang kebun) yang dilakukan kontraktor di seluruh negara, melalui sistem kontrak yang menghakis & mengancam hak pekerja. Tujuan perjumpaan adalah untuk menggesa YB ahli-ahli parlimen untuk memahami, menyokong & membangkitkan isu ini di parlimen, […]

Tengahari tadi, JPKK Telah Berbincang dengan YB Fahmi Fadzil

Tengahari tadi, JPKK telah berbincang dengan YB Fahmi Fadzil, Ahli Parlimen Lembah Pantai, mengenai penindasan yang dilakukan keatas frontliner melalui sistem kontrak di seluruh bangunan kerajaan, termasuk hospital. JPKK berharap YB Fahmi Fadzil dapat memanfaatkan kedudukan beliau sebagai Ahli Parlimen untuk mengetengahkan isu ini ke Dewan Rakyat & Negara, selain membangkitkan isu ini dikalangan sekutu […]

Berapa Lama Lagi KKM Nak Abaikan Cleaner?

“Kementerian Kesihatan kata mereka akan ‘follow up’, tetapi itu jawapan sama setiap kali kami bagi memorandum. Cuba bayangkan, tugas membersih kebun, lantai, tandas, wad pesakit COVID dirawati, adalah kerja cleaner. Macam mana kerajaan anggap mereka BUKAN ‘frontliner” – S. Koyilvani, Pegawai Kesatuan Pekerja Swasta Hospital Kerajaan Cleaner hospital dianggap bukan ‘frontliner’, dinafikan elaun khas RM300, […]

“3 tuntutan ini sangat ‘reasonable’ dan ‘simple’,” kata YB Senator Aiman Athirah Al Jundi Ketua AWAN

“3 tuntutan ini sangat ‘reasonable’ dan ‘simple’. Apalah salahnya untuk kerajaan, dan kita semua ahli-ahli Yang Berhormat, ahli-ahli parlimen, baik di Dewan Rakyat & Dewan Negara, untuk mengangkat, membela mereka” – YB Senator Aiman Athirah Al Jundi Ketua Angkatan Wanita AMANAH Nasional (AWAN) Sokong gerakan kempen pemansuhan sistem kontrak bagi semua frontliner di bangunan kerajaan […]

Kenapa Pekerja Pembersihan Hospital Masih Tidak Dianggap Sebagai Frontliner?!

“Pekerja pembersihan yang membersihkan wad-wad hospital ini dianggap bukan frontliner. Apakah logiknya? Boleh masuk akal ke?” – V. Selvam, Pegawai Kesatuan Pekerja Swasta Hospital Kerajaan Sokong gerakan kempen pemansuhan sistem kontrak bagi semua frontliner di bangunan kerajaan dengan menandatangani petisyen ini https://www.change.org/p/menuntut-kerja-tetap-bagi-pekerja-kontrak-kerajaan-kitajugafrontliner #HapusSistemKontrak #CleanerJugaFrontliner #JaminanKerjaHakSemua

Pembersih Hospital Juga Frontliner

Pembersih hospital juga frontliner, mereka berada di barisan hadapan dan menghadapi risiko dalam melaksanakan tugas ketika penularan Covid-19 ini. Kita minta RM300 ja pun dari kerajaan, itu pun tak dapat?

Kebajikan dan Hak Frontliner Masih Lagi Diabaikan

Walaupun kita dalam pandemik, kebajikan & hak frontliners masih lagi diabaikan. Kami berharap agar pekerja frontliner seperti cleaner, pengawal & tukang kebun dapat diserap sebagai pekerja tetap kerajaan dalam Belanjawan 2021! #HapusSistemKontrak #JaminanKerjaHakSemua #CleanerJugaFrontliner

Pelancaran Hotline SiAP untuk Membantu Golongan Pekerja di Malaysia

Tahun 2020 membawa satu impak besar dalam kehidupan rakyat, di seluruh dunia akibat Covid-19. Golongan yang paling terjejas di keadaan pendamik adalah golongan pekerja dimana ramai pekerja hilang punca pendapatan dan pengangguran naik mendadak di Malaysia sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan sejak Mac 2020. Menyedari keadaan ini, Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) bersama dengan Biro […]

Membela Nasib Pekerja Kontrak di Bangunan Kerajaan

Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan merupakan gabungan yang terdiri dari 20 organisasi aktivis akar umbiyang ditubuhkan pada 2017, bertujuan untuk memperkasakan kordinasi pekerja kontrak di bangunan kerajaan sepertipembersih, pengawal keselamatan, dan tukang kebun. Berdasarkan kaji selidik dan pengalaman JPKK, tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa sistem kontrak lebihbanyak membawa mudarat berbanding faedah kepada pekerja yang membanting tulang […]