𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝟐𝟎 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑𝐒𝐈𝐇

Satu mesyuarat telah dijalankan pada malam 29 Disember 2024 bersama 20 pekerja pembersih sekolah di sekitar Sg Siput. Mereka telah membuat aduan tentang bekas majikan mereka yang tidak bayar penuh gaji minima dan engkar keputusan mahkamah buruh. Tindakan seterusnya ialah membuat laporan kepada Kementerian Sumber Manusia melalui SISPAA dan bersedia untuk protes di hadapan Jabatan […]

Jangan zalimi pekerja! Perbincangan tentang masalah sistem kontrak dengan organisasi lain

Semalam, JPKK bermesyuarat bersama rakan-rakan seperjuangan dari kesatuan buruh, NGO, dan masyarakat sivil yang bertujuan membincangkan mengenai hasil kajian terbaru kami mengenai masalah sistem kontrak di bangunan kerajaan. Mesyuarat juga menghala kearah bagaimana kita boleh bersama-sama membawa perubahan untuk pekerja kontrak kebersihan & keselamatan di bangunan kerajaan seperti sekolah & hospital, yang selama ini ditindas […]

Mesyuarat Peringkat Negeri Selangor oleh Kordinator JPKK Selangor

Hari ini JPKK telah mengadakan mesyuarat peringkat negeri Selangor di Balai Raya Taman Kooperasi Cuepacs, Kajang. Mesyuarat dikendalikan oleh kordinator JPKK Selangor, saudara Letchumanan, dan sahabat-sahabaf seperjuangan nya yang lain. Sejumlah 16 orang pekerja telah hadir bagi mengadu masalah dan isu yang dihadapi mereka sebagai pekerja kontrak di sektor kerajaan. Kelompok pekerja-pekerja yang hadir berasal […]

Perjuangan Pekerja Kontrak Pembersih yang Dibuang Kerja Diambil Kerja Balik

Akhbar Nanban 14-5-19, m/s 7…dan gambar mesyuarat semalam 7 pekerja kontrak pembersih yang dibuang kerja diambil kerja balik…Mereka dibuang kerja atas alasan mereka buat aduan di Pejabat Buruh untuk menuntut hak mereka..Selepas perundingan dengan Pengarah Jabatan Politeknik dan Kelas Komuniti, Pengarah Politeknik Ungku Omar, Pengarah Pejabat Buruh, wakil Konsortium PAE, wakil Henry Butcher pada 13-5-2019, […]

× Ada aduan? Hubungi SiAP!