Ketua Unit Keselamatan KRPB berjumpa dengan koordinator JPKK dan pengawal keselamatan yang dibuang kerja

JPKK Perak – meminta KKM pecat Syarikat United Security Services Sdn. Bhd. yang telah terlalu angkuh dan mangsakan Pekerja Security di HRPB. KKM mengarahkan Unit Keselamatan Hospital untuk menyiasat & dapatkan bukti aduan tersebut. Maka, Ketua Unit Keselamatan HRPB, Ipoh bersama penolongnya, telah berjumpa dengan Kordinator JPKK Perak dan 4 pengawal keselamatan yang dibuang kerja […]

Perbincangan dengan pengawal keselamatan berkaitan masalah gaji dan cuti umum

12.1.23 jam 8.30 mlm satu Perjumpaan Bersama dgn 2 org bekas pekerja security di hospital sultan abdul halim bg membincangkn masalah berkaitan pengiraan gaji, ot dan cuti umum yg ditipu oleh majikan. Tunjuk ajar jga diberikan kpd mereka bgaimna cara2 pengiraan gaji mengikut akta agar tuntutan yg akan di buat ke jtk berjalan dgn lancar. […]

Mahkamah buruh mengeluarkan saman perintah untuk pihak syarikat membayar kepada pengadu

Sg Petani, Kedah. Dua kes tuntutan pembayaran gaji tidak betul telah di fail keatas 1 syarikat pengawal keselamatan. Satu kes bertarikh 10.8.22 selesai dgn perbincangan diantara pengadu diwakili saudara Maznan dr JPKK / Uni Mlc bersama defendan mendpt persetujuan kedua dua pihak di hadapan pegawai tenaga kerja. Defendan diarah membayar kepada pengadu sprt surat saman […]

Kordinator JPKK fail tuntutan gaji di JTK JB

Johor: Pagi tadi pukul 10 kordinator JPKK, saudara Aiman bersama 3 orang bekas pengawal keselamtan dari sekolah-sekolah sekitar Zon Skudai telah pergi ke Jabatan Tenaga Kerja JB untuk failkan tuntutan gaji tertunggak dan 1 bulan notis. Mereka telah dibuang kerja tanpa sebab munasabah oleh syarikat AllSafe Guards. Alasan PO mereka adalah tidak mahu pekerja bukan […]

JPKK Johor menemani pengawal keselamatan membuat repot polis

Pagi tadi jam 10 pagi, saudara Aiman, pimpinan JPKK Johor telah menemani 3 orang pengawal keselamatan dari SJK (C) Kuo Kuang 1 Skudai membuat repot polis. Mereka telah diberhentikan kerja oleh majikan baru atas alasan kesalahan disiplin. Namun mereka tidak pernah menerima surat amaran dari majikan baru atau majikan lama. Repot polis dibuat sebagai menjadi […]

Majikan tidak membayar gaji pegawai keselamatan

17 Oktober 2022. Saudara Muhammad Aiman dari Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) bersama saudara Arangkannal dan saudara Yogeindran dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah menemani 3 bekas pegawai keselamatan dari 2 syarikat berbeza melaporkan kepada Pejabat Tenaga Kerja Johor Bahru berkenaan tindakkan majikan-majikan mereka itu yang tidak membayar gaji mereka untuk bulan September 2022. Seramai […]

Tuntutan utama kami pada hari pembasmian kemiskinan

JPKK turut hadir dalam barisan golongan miskin pada hari pembasmian kemiskinan sedunia hari ini di Masjid Jamek. JPKK utarakan 3 tuntutan utama: Hapuskan siatem Kontrak Iktiraf pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan sebagai frontliner Laksanakan gaji minima rm1500

Pengawal keselamatan sekolah diberhentikan kerja atas sebab tidak munasabah

Baru selesai satu perjumpaan bersama pengawal keselamatan sekolah Port Dickson berkenaan pemberhentian kerja atas sebab tidak munasabah. 3 pengawal diberhentikan Kerja 24jam atas sebab Jenayah/Dadah sedangkan mereka bertiga ditahan polis hanya untuk siasatan (suspek). Akan tetapi pihak majikan memberi surat pemberhentian 24jam atas alasan dituduh kesalahan Dadah walhal mereka bertiga tiada penglihatan dlm sebarang aktiviti […]