Perjumpaan dengan pekerja kontrak di KL

Perjumpaan dengan dua pekerja Kontrak di KL. Mereka berkongsi pengalaman kerja di sekolah sebagai pengawal keselamatan. Mereka seramai 41 pekerja ambil tindakan keatas majikan untuk penipuan gaji. Mereka menang di JTK lebih RM500 ribu di tahun 2016. Sampai sekarang mereka belum dapat duit tersebut. Bincang dengan pihak JPKK samada boleh dapat peguam untuk lawan kes […]

Penerangan cara kira gaji dan akta buruh mengenai masalah pengawal keselamatan

Perjumpaan hari ini jam 10 pagi dengan sekumpulan pekerja² pengawal keselamatan yang bekerja di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar yang gajinya ditipu oleh kontraktor Kerajaan. Hari ini En.Maznan (Wakil JPKK Kedah) menerangkan cara kiraan gaji dan memberikan nasihat serta penerangan sedikit tentang akta buruh mengenai masalah mereka dgn syarikat .

Bicara dengan pengawal keselamatan yang ditipu gaji OT

8 Mac 2023: Cik Sivaranjani (wakil JPKK) dan saudara Sing (wakil PSM) buat bicara di Mahkamah Buruh Bangi bagi sekumpulan pekerja pengawal keselamatan yang ditipu gaji OT oleh majikan. Pekeeja-pekerja ini bekerja di Bangunan PERKESO di Putrajaya.

Pengawal keselamatan ditipu oleh kontrak kerajaan

Perjumpaan di Pejabat JPKK dengan sekumpulan pekerja pengawal keselamatan yang bekerja di bangunan PERKESO Putrajaya yang gajinya ditipu oleh kontraktor Kerajaan. Mereka sudah fail kes di Pejabat buruh dan kesnya akan didengar pada 8 Mac.

Fail tuntutan di JTK Bangi

Bersama Pengawal Keselamatan SMK Ungku Hussein Semenyih yang ditipu kenaikan gaji RM1500 oleh majikan dulu Perkasa Force memfailkan tuntutan di JTK Bangi.