Pengawal Keselamatan Dibuli Polis Bantuan TNB Ipoh

Pengawal-pengawal keselamatan yang bertugas di premis TNB di Ipoh berprotes membantah tindakan seorang anggota polis bantuan yang menyalahgunakan kuasa dan membuli pekerja sesuka hati. Baca selanjutnya di Sosialis.net:https://sosialis.net/2020/03/13/pengawal-keselamatan-dibuli-polis-bantuan-tnb-ipoh/

Maszlee Memberi Sokongan Dalam Isu Kontrak Pekerja Pembersihan dan Pengawal Keselamatan Sekolah yang Dikemukakan

YB Dr. Maszlee, menteri pertama jumpa Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan – JPKK dan sanggup dengar keperitaan pekerja kontrak di sekolah yang kerja sebagai pengawal keselamatan dan pembersih sekolah. Kementerian beliau terus beri sokongan dalam isu2 yang kami kemukakan. Beliau juga beritahu kami dalam satu meeting bahawa beliau pernah jadi ahli kesatuan dulu dan faham masalah […]

JPKK Menerima Banyak Panggilan dari Pekerja Pengawal Keselamatan

JPKK dari semalam menerima banyak panggilan dari pekerja pengawal keselamatan Kuarters perguruan bahawa semua pekerja tidak disambung kerja. JPKK sudahpun bertanya kepada KPM semalam tetapi masih belum ada jawapan. Kita sarankan pekerja yang terbabit panggil kita dalam talian 0102402150/+60122414351 untuk turun ke KPM dalam minggu ini. Tk. Sebarkan. JPKK

Mohon Sebarkan Maklumat Tentang Akta Kerja 1955

Selamat pagi. Mohon ambil perhatian, ramai yang akan tandatangan kontrak baru pengawal keselamatan 1.1.2020. Kontrak Kerja Mesti ikut Akta Kerja 1955.https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/undang-undang-buruh-masa-kerja-dan-kerja-lebih-masa Mohon sebarkan maklumat ini ☝kepada semua pengawal keselamatan sekolah di kawasan sekeliling.

Perjumpaan dengan Pekerja-Pekerja Kontrak Pengawal Keselamatan

Perjumpaan dengan pekerja2 kontrak pengawal keselamatan di Banting hari ini yang mengadu masalah yang mereka hadapi…1. Gaji Minima tidak bayar2. Epf potong tapi tak carum3. Kerja 12 Jam tapi bayar untuk 10jam kerja sahaja.. Public holiday satu pay sahaja..Pekerja pergi JTK tiada penyelesaian, pergi kwsp, mereka kata datang ramai2 baru boleh ambil tindakan…Adui!Pekerja dah sangat […]

JPKK Utarakan 5 Isu Utama KPM

Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan – JPKK membangkitkan 5 isu dalam pertemuan dengan pihak Kementerian Pendidikan semalam, termasuk isu gaji 5 bulan pada 4 tahun dahulu untuk pekerja kontraktor Time Medi yang belum diselesaikan, pekerja pembersihan yang diberhentikan kerja secara mengejut beberapa bulan lalu, syif kerja pengawal keselamatan yang bermasalah, senaraihitamkan kontraktor yang menganiayai pekerja dan […]

JPKK Utarakan 5 Isu Utama KPM

*KENYATAAN AKHBAR JPKK – 13 DISEMBER 2019 – JPKK UTARAKAN 5 ISU UTAMA KPM* Mesyuarat antara Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula dengan nada serius apabila semua talipon bimbit telah dilarang untuk dibawa masuk dalam mesyuarat. Setelah wakil JPKK mengadu, dua talipon dibenarkan dibawa masuk. Selain itu, semua beg diperiksa […]

Mesyuarat Nasional dengan Pekerja-Pekerja

Kawan2, kita ada satu mesyuarat Nasional dengan pekerja2 pengawal keselamatan, pekerja pembersih, dan pekebun2 yang bekerja di semua premis kerajaan seperti sekolah, hospital, Pejabat Daerah, majlis Perbandaran, dan semua tempat kerajaan untuk bincang masalah yang dihadapi oleh pekerja dan bincang langkah penyelesaian. Pekerja yang akan hadir, sila daftar nama anda di 0102402159. Tk