Tengahari tadi, JPKK Telah Berbincang dengan YB Fahmi Fadzil

Tengahari tadi, JPKK telah berbincang dengan YB Fahmi Fadzil, Ahli Parlimen Lembah Pantai, mengenai penindasan yang dilakukan keatas frontliner melalui sistem kontrak di seluruh bangunan kerajaan, termasuk hospital. JPKK berharap YB Fahmi Fadzil dapat memanfaatkan kedudukan beliau sebagai Ahli Parlimen untuk mengetengahkan isu ini ke Dewan Rakyat & Negara, selain membangkitkan isu ini dikalangan sekutu […]

Berapa Lama Lagi KKM Nak Abaikan Cleaner?

“Kementerian Kesihatan kata mereka akan ‘follow up’, tetapi itu jawapan sama setiap kali kami bagi memorandum. Cuba bayangkan, tugas membersih kebun, lantai, tandas, wad pesakit COVID dirawati, adalah kerja cleaner. Macam mana kerajaan anggap mereka BUKAN ‘frontliner” – S. Koyilvani, Pegawai Kesatuan Pekerja Swasta Hospital Kerajaan Cleaner hospital dianggap bukan ‘frontliner’, dinafikan elaun khas RM300, […]

“3 tuntutan ini sangat ‘reasonable’ dan ‘simple’,” kata YB Senator Aiman Athirah Al Jundi Ketua AWAN

“3 tuntutan ini sangat ‘reasonable’ dan ‘simple’. Apalah salahnya untuk kerajaan, dan kita semua ahli-ahli Yang Berhormat, ahli-ahli parlimen, baik di Dewan Rakyat & Dewan Negara, untuk mengangkat, membela mereka” – YB Senator Aiman Athirah Al Jundi Ketua Angkatan Wanita AMANAH Nasional (AWAN) Sokong gerakan kempen pemansuhan sistem kontrak bagi semua frontliner di bangunan kerajaan […]

Kenapa Pekerja Pembersihan Hospital Masih Tidak Dianggap Sebagai Frontliner?!

“Pekerja pembersihan yang membersihkan wad-wad hospital ini dianggap bukan frontliner. Apakah logiknya? Boleh masuk akal ke?” – V. Selvam, Pegawai Kesatuan Pekerja Swasta Hospital Kerajaan Sokong gerakan kempen pemansuhan sistem kontrak bagi semua frontliner di bangunan kerajaan dengan menandatangani petisyen ini https://www.change.org/p/menuntut-kerja-tetap-bagi-pekerja-kontrak-kerajaan-kitajugafrontliner #HapusSistemKontrak #CleanerJugaFrontliner #JaminanKerjaHakSemua

Perjumpaan JPKK dengan Kepimpinan Tertinggi Angkatan Wanita Amanah Nasional (AWAN)

Perjumpaan JPKK dengan Kepimpinan Tertinggi Angkatan Wanita Amanah Nasional (AWAN) Kepong | 3 Disember 2020 JPKK baru sahaja bermesyuarat bersama Senator @aimanathirah , yang merupakan ketua AWAN, juga disertai oleh Timbalan Setiausaha Agung AWAN, Norhayati Bidin di Wisma AMANAH di Kepong, hari ini. Mesyuarat ringkas ini bertujuan untuk memberi penjelasan kepada AWAN mengenai kempen & […]

JPKK Serah Memorandum Kepada KKM

JPKK SERAH MEMORANDUM KEPADA KKM Putrajaya | 3 Disember 2020 JPKK telah menyerahkan memorandum & kajian sokongan penghapusan sistem kontrak bagi pekerja frontliner yang terabai seperti cleaner, pengawal, tukang kebun di bangunan kerajaan, kepada Kementerian Kesihatan, Kajian JPKK membuktikan yang sistem kontrak membawa banyak kemudaratan kepada pekerja, menghakis hak pekerja, selain menguntungkan orang tengah sahaja. […]

Penyerahan Memorandum & Kajian Sokongan Penghapusan Sistem Kontrak ke Kementerian Kesihatan

*PENYERAHAN MEMORANDUM & KAJIAN SOKONGAN PENGHAPUSAN SISTEM KONTRAK KE KEMENTERIAN KESIHATAN* Selaras dengan pelancaran kempen ‘Hapus Sistem Kontrak: Jaminan Kerja Hak Semua’ pada 19 November lepas maka pada hari Jumaat ini, satu kumpulan kecil (sebagai menepati SOP PKPB) dari 6 orang wakil JPKK akan menyerahkan memorandum seperti butiran dibawahTarikh: 3 Disember 2020, KhamisMasa: 10 pagiTempat: […]