Pelancaran Sistem Aduan Pekerja (SiAP)

KENYATAAN MEDIA
5 November, 2020
Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK)
Pelancaran Sistem Aduan Pekerja (SiAP)
Sistem Aduan Pekerja (SiAP) dilancarkan secara rasminya dalam satu siaran sidang akhbar atas talian pada hari ini (5 November 2020). SiAP merupakan sistem penerimaan aduan pekerja berkaitan dengan masalah âmasalah buruh untuk semua pekerja di Malaysia, termasuk pekerja migran atau pekerja yang bukan warganegara tetapi duduk di Malaysia.
SiAP diwujudkan oleh Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK), dengan usahasama daripada organisasi yang memperjuangkan hak pekerja seperti Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT), Kesatuan Pekerja-pekerja Swasta Perkhidmatan dan Sokongan di Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPSPSHKSM) dan Biro Pekerja Parti Sosialis Malaysia (PSM). Inisiatif ini juga disokong oleh Atlantic Institut dan The Equity Inisiatif Southeast Asia.
Talian hotline SiAP 011-10767989 juga dilancarkan hari ini untuk para pekerja membuat aduan atau meninggalkan pesanan melalui WhatsApp mengenai masalah yang berkaitan dengan pekerjaan. Semua nasihat dan kaunseling yang diberi kepada para pekerja adalah percuma. Kes-kes yang dilaporkan kepada SiAP juga akan ditujukan kepada pihak berkuasa yang berkenaan, seperti Jabatan Tenaga Kerja (JTK) , Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) dan Jabatan lain yang bertanggungjawab.
SiAP berharap boleh berkerjasama dengan pihak-pihak berkuasa berkenaan untuk bersama mencari penyelesaian lebih baik untuk pekerja yang mengalami masalah buruh. Selain itu, statistik kes yang dikumpulkan ini akan digunakan untuk mengemukakan cadangan-cadangan penambahbaikan dasar-dasar pekerja.
Untuk sebarang pertanyaan tentang SiAP, sila hubungi Sivaranjani (010-2402159) atau Geetha (+60 16-637 7901).
Geetha B. Anbalagan
Penyelaras
Sistem Aduan Pekerja (SiAP)