Panggilan untuk ‘Internship’

PANGGILAN LATIHAN INDUSTRI: Menyelami perjuangan pekerja kebersihan & keselamatan untuk tuntut hak kerja tetap & gaji mampu hidup! Lanjutkan ‘resume’ anda ke alamat e-mel : jpkk2019@gmail.com Hubungi Danial (011-10907989) untuk pertanyaan lanjut

Konvoi Utara Semenanjung JPKK

Mesyuarat JPKK di Perlis pada 19/12/2021 (Ahad), pukul 2pm di alamat Dewan Masjid Al-Mustaqim Kampung Seriab, Perlis (sebelah IPD Kangar). Dijemput semua pekerja kontrak seperti pembersih dan pengawal keselamatan sekolah, Hospital dan semua bangunan Kerajaan. Kita akan bincangkan masalah pekerja kontrak, tindakan lanjut dan penubuhan Kesatuan untuk pekerja2 kontrak ini. Harap semua hadir. Untuk confirm […]

Gabungan lulus antara KPSPSHKSM dan UNI-MLC!

Kesatuan Pekerja-pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan Di Hospital-Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia mendapat kelulusan bergabung bersama Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI MLC) mulai hari ini secara sah.

LAWATAN JARINGAN PEKERJA KONTRAK KERAJAAN (JPKK) & KESATUAN PEKERJA SWASTA HOSPITAL KERAJAAN (PSHK) KE PEJABAT UNI-MLC MEMBUKA LEMBARAN BARU

Hari ini satu perjumpaan mesra telah diadakan oleh JPKK & Kesatuan PSHK yang berjumpa dengan Dato Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) untuk membincangkan kerjasama bersama dan bagaimana memperkasakan hak dan perjuangan pekerja. Dato Mohd Shafie telah memberikan sokongan yang amat memberangsangkan kerana beliau memang tahu masalah yang dihadapi […]

KSM perlu mengiktiraf kumpulan pekerja sokongan sebagai kesatuan untuk melawan penindasan!

JPKK pagi tadi dipanggil mesyuarat bersama Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia di Kementerian Sumber Manusia dalam usaha untuk di-iktiraf sebagai kesatuan rasmi untuk pekerja khidmat sokongan pembersihan & keselamatan bangunan kerajaan. Kumpulan pekerja sokongan sangat memerlukan kesatuan untuk melawan penindasan hak pekerja yang banyak berlaku di seluruh negara. Kesatuan rasmi boleh membentuk perjanjian bersama […]

Komik Ringkas – Perjuangan Pekerja Kontrak Kebersihan & Keselamatan Kerajaan

(Komik Ringkas – Perjuangan Pekerja Kontrak Kebersihan & Keselamatan Kerajaan) Pekerja kontrak Kebersihan & Keselamatan bangunan kerajaan bekerja tanpa cuti, tanpa caruman KWSP & PERKESO, ditipu kiraan OT, dan tiada jaminan kerja. Sebelum penswastaan, mereka menikmati kenaikan gaji, jaminan kerja, dan juga pencen. Sistem kontrak bukan penyelesaian isu ini. Cukup lah kesusahan yang dihadapi mereka, […]

Siri Ketahui Hak Anda: Hak Asas Seorang Pekerja

Majikan mesti beri surat tawaran kerja, slip gaji, bayaran OT, cuti tahunan berbayar, cuti umum dan cuti sakit. Pekerja tidak boleh dibuang tanpa surat tunjuk sebab. Majikan dan pekerja perlu bagi notis penamatan kerja sebelum berhenti kerja

Bajet 2022 – Pekerja Kontrak Kerajaan Masih Dipinggir

_*Kenyataan Media: Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK)*_*BAJET 2022 – PEKERJA KONTRAK KERAJAAN MASIH DIPINGGIR* JPKK kesal dengan pengumuman Bajet 2022 yang nampaknya gagal menghargai jasa pekerja barisan hadapan seperti pekerja pembersihan, tukang kebun & keselamatan di hospital dan juga sekolah.Tidak juga ketinggalan adalah barisan doktor kontrak. Walaupun bekerja dalam ancaman wabak sebagai pekerja lapisan pertama […]

Selamat Hari Deepavali!

Selamat Hari Deepavali kepada semua pekerja. Yang penting terus semarakan cahaya semangat perjuangan untuk terus berjuang menentang sistem kontrak yang menindas kita.

200 Pengawal Keselamatan Sekolah 2 Bulan tak Bergaji: KPM HENTIKAN WIRA CORPS, GANTI SYARIKAT LAYAK!

Lebih kurang 200 Pekerja Kawalan Keselamatan Sekolah dibawah naungan syarikat Wira Corps Security (M) Sdn Bhd tidak bergaji selama 2 bulan. JPKK mendapat berita terbaharu ini setelah penghebahan mengenai 38 Pengawal Keselamatan Sekolah Perlis yang hidup 2 bulan tanpa gaji dibawah syarikat ini. Setelah dihubungkan dengan pekerja negeri lain, diketahui bahawa syarikat ini juga gagal […]