JPKK Turun di Kementerian Pendidikan Hari Ini
JPKK turun di Kementerian Pendidikan hari ini.
JPKK turun di Kementerian Pendidikan hari ini.
Kenapa pengawal keselamatan yang menghadapi masalah ketidakjaminan kerja tidak boleh berhimpun untuk menyuarakan tuntutan mereka supaya hak asasi mereka dilindungi? Adakah berhimpun secara aman untuk menyuarakan tuntutan kepada pihak berkuasa itu sesuatu yang menyalahi undang-undang? Bukankah Perkara 10 dalam Perlembagaan Persekutuan telah jelas termaktub bahawa “semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata”? […]
Ramai pekerja pembersihan hilang kerja, sementara pengawal keselamatan mendapat gaji kurang akibat daripada pengurangan peruntukan Kementerian Pendidikan baru-baru ini. Pekerja kontrak menuntut jaminan kerja. Baca selanjutnya di Sosialis.net: https://sosialis.net/2019/01/31/pekerja-kontrak-di-sekolah-kerajaan-tiada-jaminan-kerja-menteri-pendidikan-perlu-perbetulkan-keadaan/
Baru-baru ini banyak pekerja pembersih sekolah telah dibuang kerja apabila kontraktor baru ambilalih. Pekerja-pekerja ini tidak diberi sebarang pampasan kerana mereka pekerja kontrak dan tidak mempunyai jaminan kerja. Pekerja-pekerja kontrak di sekolah akan turun 31 Januari ke Kementerian Pendidikan untuk berjumpa dengan Menteri untuk bincang isu jaminan kerja bagi pekerja-pekerja kontrak di sekolah.
En Roman dan Isterinya Pn Maheswary berkerja di sebuah Syarikat Ladang, Nam Bee Comany dan anak syarikatnya The Muar Rice and Transport Company Gemenceh Negeri Sembilan. Kedua dua mereka telah dihentikan perkhidmatan atas dua pertuduhan iaitu memukul warga Nepal serta tidak menandatangani surat notis pemberhentian kerja oleh kedua-dua Suami Isteri. Mereka berdua berkerja diladang di […]
Jabatan Tenaga Kerja Butterworth telah memutuskan dan mengeluarkan perintah pada hari ini kepada sebuah syarikat kawalan keselamatan supaya membayar seorang bekas pekerjanya semua tunggakan gajinya yang tidak dibayar mengikut kadar gaji minimum. Pihak pekerja dalam kes ini diwakili secara pro bono oleh peguam Arafas Abdul Razak daripada PSM Pulau Pinang. Baca selanjutnya di Sosialis.net: https://sosialis.net/2019/01/24/pengawal-keselamatan-menang-kes-tuntut-gaji-minimum-yang-tidak-dibayar/
Berjumpa pekerja-pekerja kontrak kerajaan sekitar Pelabuhan Klang, Selangor dan menerangkan tentang isu jaminan kerja dan sertai dalam kempen untuk menjadikan pekerja kontrak kerajaan sebagai pekerja tetap kerajaan.
Hari ini mesyuarat dengan pekerja kontrak kerajaan di sekolah-sekolah Melaka. Pekerja-pekerja yang telah menang di JTK untuk tuntut bayaran OT yang kurang, kini majikan buat rayuan kes ke Mahkamah Tinggi. Sesi nasihat bagaimana mahu kasi ajar majikan-majikan yang kurang ajar ini!
Pembuangan pekerja secara tidak sah!
JPKK akan turun ke Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya untuk membawa isu-isu cleaners yang baru-baru ini dikurangkan di sekolah dan pengawal keselamatan diberhentikan ataupun dijadikan 3 shift dan jadikan seorang pada 1 shift. Hubungi kami jika sama-sama nak tuntut hak (010-2402159 atau 019-5637464)