Borang Ahli Jaringan Perkerja Kontrak Kerajaan (JPKK)

Kita ingin membina jaringan yang lebih luas dan kuat. Sila isikan borang di bawah jika anda seorang pekerja kontrak kerajaan dan kita akan menghubungi anda. Jikalau anda mengetahui sesiapa yang akan berminat, sila kongsikan. Borang Ahli Jaringan Perkerja Kontrak Kerajaan (JPKK) https://goo.gl/forms/YSzfmXvjje1RDtQ83

Perjumpaan dengan Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee

Perjumpaan dengan Menteri Pendidikan, YB Dr. Mazlee berkenaan dengan masalah2 yang dihadapi oleh pekerja kontrak (pekerja pembersihan, pengawal keselamatan, pekebun) di premis kerajaan. Kami dapat respond yang positif dan harap Menteri mengubah nasib pekerja2 ini. (kita akan keluarkan kenyataan rasmi esok mengenai perjumpaan ini).

Perjumpaan dengan Pekerja-Pekerja Kontrak Kerajaan di Brickfield untuk Bincang Masalah Kontraktor

Hari ini sekitar Brickfield jumpa pekerja2 kontrak kerajaan. Bincang masalah kontraktor yang selalu bayar gaji lambat, tak potong EPF, Socso dan isu jaminan kerja, setiap 3 tahun sekali kontraktor tukar, pekerja jadi pekerja baru. Penyelesaiannya, serapkan golongan pekerja dalam Kerajaan dan bayar gaji terus tanpa ada kontraktor sebagai orang tengah. Pekerja tuntut jaminan kerja. #hapuskansistemkontrakuntukkerjatetap

Borang Aduan

Jika anda sebagai pekerja kontrak kerajaan mengalami masalah di tempat kerja, dan ingin mengambil tindakan keatas majikan/kontraktor anda, isikan borang ini dan hantar kepada sekatariat JPKK. Terima kasih

Pekerja Tuntut Jaminan Kerja Tetap Untuk Pekerja Kontrak Kerajaan Sekolah

Baru-baru ini banyak pekerja pembersih sekolah telah dibuang kerja apabila kontraktor baru ambilalih. Pekerja-pekerja ini tidak diberi sebarang pampasan kerana mereka pekerja kontrak dan tidak mempunyai jaminan kerja. Pekerja-pekerja kontrak di sekolah akan turun 31 Januari ke Kementerian Pendidikan untuk berjumpa dengan Menteri untuk bincang isu jaminan kerja bagi pekerja-pekerja kontrak di sekolah.

Pengawal Keselamatan Menang Kes Tuntut Gaji Minimum yang Tidak Dibayar

Jabatan Tenaga Kerja Butterworth telah memutuskan dan mengeluarkan perintah pada hari ini kepada sebuah syarikat kawalan keselamatan supaya membayar seorang bekas pekerjanya semua tunggakan gajinya yang tidak dibayar mengikut kadar gaji minimum. Pihak pekerja dalam kes ini diwakili secara pro bono oleh peguam Arafas Abdul Razak daripada PSM Pulau Pinang. Baca selanjutnya di Sosialis.net: https://sosialis.net/2019/01/24/pengawal-keselamatan-menang-kes-tuntut-gaji-minimum-yang-tidak-dibayar/