Author: JPKK XY
Siri Perbincangan dengan Ahli-Ahli Parlimen Mengenai Penindasan Frontliner Terabai
Tengahari tadi dan semalam (Isnin), JPKK telah mengadakan siri perbincangan dengan beberapa ahli-ahli parlimen mengenai penindasan frontliner terabai (cleaner, pengawal keselamatan, tukang kebun) yang dilakukan kontraktor di seluruh negara, melalui sistem kontrak yang menghakis & mengancam hak pekerja. Tujuan perjumpaan adalah untuk menggesa YB ahli-ahli parlimen untuk memahami, menyokong & membangkitkan isu ini di parlimen, […]
Sistem Kontrak: Frontliner Merana, Kerajaan Cuci Tangan
SISTEM KONTRAK : FRONTLINER MERANA, KERAJAAN CUCI TANGAN JPKK telah dijemput untuk menyertai forum anjuran AWAN Nasional yang akan membincangkan isu frontliner yang terabai & ditindas dibawah sistem kontrak kerajaan. Turut menyertai adalah Pn Norhayati Bidin, Timbalan Setiausaha Agung Parti Amanah Negara , dan juga saudari Yee Shan dari Kesatuan Pekerja Swasta Hospital Kerajaan . […]
Taklimat Faedah dan Hak Pekerja
Jangan lupa hari ini pukul 6 Petang, sesi taklimat PERKESO. Sertai di link ini: https://us02web.zoom.us/j/81997965117?pwd=TXNEbzRaVWRkNVhJY3dBalZGdGVzQT09
Tengahari tadi, JPKK Telah Berbincang dengan YB Fahmi Fadzil
Tengahari tadi, JPKK telah berbincang dengan YB Fahmi Fadzil, Ahli Parlimen Lembah Pantai, mengenai penindasan yang dilakukan keatas frontliner melalui sistem kontrak di seluruh bangunan kerajaan, termasuk hospital. JPKK berharap YB Fahmi Fadzil dapat memanfaatkan kedudukan beliau sebagai Ahli Parlimen untuk mengetengahkan isu ini ke Dewan Rakyat & Negara, selain membangkitkan isu ini dikalangan sekutu […]
Berapa Lama Lagi KKM Nak Abaikan Cleaner?
“Kementerian Kesihatan kata mereka akan ‘follow up’, tetapi itu jawapan sama setiap kali kami bagi memorandum. Cuba bayangkan, tugas membersih kebun, lantai, tandas, wad pesakit COVID dirawati, adalah kerja cleaner. Macam mana kerajaan anggap mereka BUKAN ‘frontliner” – S. Koyilvani, Pegawai Kesatuan Pekerja Swasta Hospital Kerajaan Cleaner hospital dianggap bukan ‘frontliner’, dinafikan elaun khas RM300, […]
“3 tuntutan ini sangat ‘reasonable’ dan ‘simple’,” kata YB Senator Aiman Athirah Al Jundi Ketua AWAN
“3 tuntutan ini sangat ‘reasonable’ dan ‘simple’. Apalah salahnya untuk kerajaan, dan kita semua ahli-ahli Yang Berhormat, ahli-ahli parlimen, baik di Dewan Rakyat & Dewan Negara, untuk mengangkat, membela mereka” – YB Senator Aiman Athirah Al Jundi Ketua Angkatan Wanita AMANAH Nasional (AWAN) Sokong gerakan kempen pemansuhan sistem kontrak bagi semua frontliner di bangunan kerajaan […]
Kenapa Pekerja Pembersihan Hospital Masih Tidak Dianggap Sebagai Frontliner?!
“Pekerja pembersihan yang membersihkan wad-wad hospital ini dianggap bukan frontliner. Apakah logiknya? Boleh masuk akal ke?” – V. Selvam, Pegawai Kesatuan Pekerja Swasta Hospital Kerajaan Sokong gerakan kempen pemansuhan sistem kontrak bagi semua frontliner di bangunan kerajaan dengan menandatangani petisyen ini https://www.change.org/p/menuntut-kerja-tetap-bagi-pekerja-kontrak-kerajaan-kitajugafrontliner #HapusSistemKontrak #CleanerJugaFrontliner #JaminanKerjaHakSemua
Pembersih Hospital Juga Frontliner
Pembersih hospital juga frontliner, mereka berada di barisan hadapan dan menghadapi risiko dalam melaksanakan tugas ketika penularan Covid-19 ini. Kita minta RM300 ja pun dari kerajaan, itu pun tak dapat?
Perjumpaan JPKK dengan Kepimpinan Tertinggi Angkatan Wanita Amanah Nasional (AWAN)
Perjumpaan JPKK dengan Kepimpinan Tertinggi Angkatan Wanita Amanah Nasional (AWAN) Kepong | 3 Disember 2020 JPKK baru sahaja bermesyuarat bersama Senator @aimanathirah , yang merupakan ketua AWAN, juga disertai oleh Timbalan Setiausaha Agung AWAN, Norhayati Bidin di Wisma AMANAH di Kepong, hari ini. Mesyuarat ringkas ini bertujuan untuk memberi penjelasan kepada AWAN mengenai kempen & […]
