Pekerja pembersihan tidak dibayar gaji selama 3 bulan!

04-03-2022, Pejabat Kementerian Pendidikan Malaysia Putrajaya –Seramai 6 wakil yang mewakili pekerja pembersihan di 19 buah sekolah sekitar Sabak Bernam, Selangor bersama-sama dengan 2 wakil Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) telah mengadakan mesyuarat dengan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM). Mesyuarat ini adalah berikutan daripada perhimpunan aman yang diadakan pada 18-02-2022 di depan Pejabat Pendidikan […]

MESYUARAT JPKK PUSAT DENGAN AJK JPKK NEGERI-NEGERI UTARA

MESYUARAT JPKK PUSAT DENGAN AJK JPKK NEGERI-NEGERI UTARA Pada sabtu & ahad lepas, JPKK Pusat bersama dengan JPKK Kedah, Perak & Perlis telah bermesyuarat bincang gerak kerja perjuangan kita untuk tuntut sistem kerja tetap. Walaupun menghadapi hujan lebat & risiko banjir, kami ingin ucapkan terimakasih kepada semua, termasuk Jawatankuasa Negeri Kedah, Perak & Perlis kerana […]

Gabungan lulus antara KPSPSHKSM dan UNI-MLC!

Kesatuan Pekerja-pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan Di Hospital-Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia mendapat kelulusan bergabung bersama Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI MLC) mulai hari ini secara sah.

KSM perlu mengiktiraf kumpulan pekerja sokongan sebagai kesatuan untuk melawan penindasan!

JPKK pagi tadi dipanggil mesyuarat bersama Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia di Kementerian Sumber Manusia dalam usaha untuk di-iktiraf sebagai kesatuan rasmi untuk pekerja khidmat sokongan pembersihan & keselamatan bangunan kerajaan. Kumpulan pekerja sokongan sangat memerlukan kesatuan untuk melawan penindasan hak pekerja yang banyak berlaku di seluruh negara. Kesatuan rasmi boleh membentuk perjanjian bersama […]

Isu penting mesyuarat nasional JPKK – vaksin, potongan gaji dan salahlaku pihak sekolah

Hari ini Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) telah mengadakan mesyuarat Nasional. Pekerja dari Perlis, Kedah, Kelantan, Pahang, Selangor, Perak, Melaka, Negeri Sembulan, Johor dan Wilayah Persekutuan menghadiri mesyuarat ini, Antara isu utama yang dibawa dalam perbincangan adalah 1. Mengapa Vaksin masih belum diberikan kepada Pengawal Keselamatan di sekolah yang merupakan kumpulan yang paling terdedah dengan […]

M. Kulasegaran menyarankan polisi sistem kontrak mengikut cara Pulau Pinang

JPKK & Kesatuan Pekerja Swasta Hospital Kerajaan berjumpa dengan bekas Menteri Sumber Manusia, YB M.Kulasegaran, bertujuan untuk mendapatkan sokongan beliau dalam usaha menghapuskan sistem kontrak bagi khidmat sokongan ‘frontliner’ di bangunan kerajaan. Beliau menyarankan supaya pelaksanaan polisi ini dilakukan mengikut cara kerajaan negeri Pulau Pinang, dimana kerajaan negeri terus mengupah pekerja dibawah pentadbiran sekolah (pengetua) […]

Perbincangan dengan YB Abdullah Sani untuk membela frontliner sebagai pekerja tetap kerajaan

JPKK baru berbincang dengan Ahli Parlimen Kapar, Dato YB Abdullah Sani, bertujuan melobi beliau untuk membela frontliner cleaner & guard hospital & sekolah, dengan menyerap mereka sebagai pekerja tetap kerajaan. YB bersemangat bercerita mengenai kezaliman yang berlaku disebabkan sistem kontrak, dan setuju untuk bangkitkan dalam agenda pilihanraya & manifesto Parti Keadilan Rakyat . #HapusSistemKontrak#JaminanKerjaHakSemua

Mesyuarat dengan YB Lee Boon Chye untuk Ketengahkan Isu Frontliner

JPKK & Kesatuan Pekerja Swasta Hospital Kerajaan baru mesyuarat dengan YB Lee Boon Chye 李文材医生 , ahli parlimen Gopeng & bekas Timbalan Menteri Kesihatan. Daripada gesaan kami, beliau berjanji akan ketengahkan isu frontliner di kalangan sekutu politik beliau, selain membuat kenyataan media berkenaan ancaman sekiranya kita mengabaikan petugas frontliner. Beliau juga akan berhubung & utarakan […]